Langkau ke kandungan utama

Aktiviti Syawal

Syawal kini menganjak ke pertengahannya. Masih berbaki dua minggu. Biar apa pun kata orang mengenai sambutan hari raya, saya berlapang dada untuk bersama meraikan Syawal selama sebulan. Maklumlah, dalam masa sehari ( 1 Syawal ) mana cukup untuk menziarahi sanak saudara dan teman-teman. Walaupun aktiviti ziarah tidak terhad pada hari raya semata-mata, tetapi mengambil kira budaya dan adat masyarakat kita selagi tidak bertentangan dengan syarak, Syawal dijadikan bulan ziarah dan menyambung silaturrahim.

Masih kedapatan juga pihak yang menganjurkan rumah terbuka dan jamuan hari raya. Jumaat ini surau kawasan perumahan saya mengadakan jamuan hari raya. Program yang bermula pagi dengan bergotong royong mencapai kemuncaknya dengan jamuan selepas solat Jumaat. Di samping itu saya juga ada jemputan ke rumah terbuka teman sekerja pada waktu yang sama. Insya Allah, saya akan berusaha menghadirinya.

Selain itu, sebagai peringatan bagi yang masih belum berpuasa sunat Syawal, masa masih panjang. Berusahalah untuk mendapatkan ganjaran besar yang dijanjikan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Enam hari sahaja dalam sebulan, takkan tak boleh kut! Lagi pun bukanlah disyaratkan supaya dilakukan secara berturut-turut. Sama ada dilakukan berturut-turut atau berselang seli, dikerjakan pada awal Syawal atau pertengahan Syawal atau akhir Syawal ganjarannya tetap sama. Asalkan ikhlas dan sembunyikan dari pengetahuan orang lain.

Di kala ini masih terbayang meriahnya Ramadan. Berpuasa, berkunjung ke bazar Ramadan, iftar bersama keluarga dan masyarakat, berterawih dan bertilawah. Tidak lupa, bergelut dengan mengantuk untuk bangun bersahur. Masakan nikmat seumpama ini diperolehi pada bulan-bulan lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...