Langkau ke kandungan utama

Zaid yang berprinsip.

Tidak sukar untuk menela sikap Datuk Zaid Ibrahim. Beliau bukan melawan arus, bukan juga menentang kerajaan yang didokongnya sebaliknya berpegang dengan prinsip liberal yang dianutinya. Seorang liberal seperti Datuk Zaid tidak sekali-kali membenarkan sebarang bentuk halangan kepada amalan kebebasan.

Fahaman liberal adalah bertitik tolak dari fahaman sosialis yang memperjuangkan kesamarataan dan kebebasan. Selain bersikap skeptikal dalam sesuatu isu termasuk dalam perkara agama. Tidak hairanlah kerana terlalu terbuka dan skeptikal para liberalis turut mencabar hukum hakam agama seperti hukum faraidh dengan anggapan agihan yang telah ditetapkan al Quran sebagai tidak adil. Tetapi bagi mereka bukan agama yang dicabar sebaliknya kesesuaian perlaksanaan hukum yang tidak relevan dengan zaman lalu menuntut dilakukan perubahan. Begitu juga mereka bermati-matian menentang perlaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam yang mereka lihat lebih menyebelahi kaum lelaki. Mereka mahukan semua manusia dilayan sama dalam semua hal. Masalahnya, kalau lelaki pakai seluar pendek tanpa baju terjun sungai, perempuan pun nak macam tu juga kah?

Liberalis juga menuntut supaya kebebasan bersuara dan memberi pandangan dibuka seluasnya walaupun menjangkaui persoalan agama selagi tidak mencetuskan huru hara dalam negara. Memang mereka lebih mengutamakan keselamatan negara berbanding keselamatan akidah dan agama.

Oleh sebab itu Datuk Zaid secara terang-terangan menganggap tindakan menahan Raja Petra, Teressa dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA sebagai tidak wajar kerana mereka hanya memberi pandangan. Malah pandangan yang bersifat kritis dan analitis memang menjadi kegemarannya. Menurutnya lagi, sekiranya didapati boleh mencetuskan ketegangan dakwalah mereka di bawah Akta Hasutan dan kesalahan mereka perlu dibuktikan di mahkamah. Ini satu lagi prinsip liberal iaitu setiap sesuatu mesti mempunyai bukti konkrit sebelum disahkan dan diterima.

Berbeza dengan kita, sebarang percubaan untuk menghina agama atau menimbulkan suasana tidak harmonis antara kaum dan penganut-penganut agama perlu dihentikan tetapi bukan dengan menggunakan ISA. Akta lapok lagi barbarian ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip kemanusiaan malah ia suatu kezaliman di sisi Islam. Setiap kesalahan mesti dibuktikan di mahkamah.

Kira-kira jam 2 petang tadi Datuk Zaid telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri. Benarlah, beliau seorang liberalis sejati.

Sekadar memuji keteguhan prinsipnya tetapi tidak sekali-kali menyokong. ISLAM TETAP CARA HIDUPKU. Harapan menggunung semoga umat Islam seluruh dunia kembali kepada cara hidup ISLAM. Amin.

p/s: Tolong beri perhatian. Terdapat sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat beragama Islam yang 'pure' liberalnya. Ada juga yang menjadi pengkagum kepada tokoh Islam Liberal Indonesia, Nurkholis Majid. Rajin-rajin lah meneliti setiap tindakan dan kelakuan mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...