Langkau ke kandungan utama

Jijiknya Perilaku.

Kasihan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang difitnah kononnya beliau lumpuh dan sedang nazak. Dalam hal ini bukan sekadar fitnah yang dilemparkan tetapi turut dihadiahkan doa semoga cepat binasa. Siapalah punya angkara. Sikap yang melambangkan peribadi buruk pelakunya.

Berapa kali perlu diingatkan, fitnah sangat merbahaya hatta memfitnah musuh sekalipun. Sedang musuh yang difitnah adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Segeralah bertaubat dan jangan diulangi lagi perbuatan sedemikian.

Sesiapa sahaja pasti terkesan dengan fitnah. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Atau sekurang-kurangnya di tempat keluarga mereka, pengikut, sahabat-sahabat serta orang-orang yang mengenali mereka.

Tidakkah kita berasa sedih andai ahli keluarga atau orang tersayang dikatakan sedang nazak? Refleks dari berita tersebut mungkin membuatkan seseorang:
  1. terkejut;
  2. jatuh dan pengsan;
  3. tercekik makanan kalau sedang makan;
  4. tersedak;
  5. kemurungan;
  6. si anak yang sedang belajar hilang tumpuan kepada pelajaran;
  7. isteri yang mengandung mungkin keguguran;
  8. dan lain-lain.
Pendek kata tiada siapa yang seronok dengan berita sebegini melainkan ORANG GILA. Islam mendidik umatnya bersimpati dengan orang yang ditimpa musibah, tetapi ada pula yang bertepuk tangan. Dalam pada Islam mengajar supaya mengucapkan innalillahi wa inna ilaihi raaji'un, ada pula yang melemparkan ucapan PADAN MUKA.

Kerja yang jijik dilakukan oleh seorang yang jijik, disukai oleh orang jijik jua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah