UPSR 2008 melabuh tirainya hari ini. Berakhir beban yang ditanggung. Baik murid mahupun guru. Sementara menunggu keputusan diumum, segala tekanan dilepaskan semahunya. Tiada lagi kelas tambahan, tiada lagi kerja rumah dan tiada lagi pemantauan pihak atasan. Sekadar menghabiskan sukatan pelajaran bukan teras yang lama ketinggalan. Pengetahuan umum perlu dimantapkan sebagai persediaan menghadapi sekolah menengah. Akibat terlalu menumpukan kepada peperiksaan, ada murid yang tidak tahu ibu negeri sendiri.
Paling penting kini ialah membimbing murid-murid pra remaja ini mengenali agama mereka dengan amalan yang betul dan tepat. Bimbang juga bila memikirkan mereka yang sering mengabaikan solat, kurang kefahaman mengenai pergaulan dalam Islam lantaran persekitaran yang kurang menyumbang, ketidakpastian batas umur baligh, tidak tahu mandi wajib, malah berwuduk pun masih tergagau-gagau. Segalanya menjadi cabaran khusus guru-guru Pendidikan Islam(GPI). Ketika inilah peranan mereka sangat ditagih.
Tidak dinafikan antara cabaran selepas UPSR ialah menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran yang lama terbengkalai. Alasan periksa sudah habis adalah biasa didengari setiap tahun. Ada murid yang sudah mula berkira-kira mahu 'mengambil' cuti panjang.
Sempat saya menyapa beberapa orang dari mereka yang masih belum pulang selepas tamatnya peperiksaan. Ada yang masih berbincang dan tidak kurang juga melepaskan perasaan lega. Tidak sempat saya bersama saat-saat mereka meraikan merdeka ke-2 kerana waktu itu saya berada dalam kelas.
Tidak ketinggalan puteri sulung saya yang sudah boleh tersenyum. Pulang saja ke rumah, diajak pula bershopping oleh emaknya. Saya pula seperti biasa, rebah di sofa panjang.

Ulasan