Wah! Kencang juga pukulan Tuan Guru Nik Aziz buat Cikgu Pa. Sampai nak berluku-luku, katanya. Gara-gara tidak sependapat mengenai pelan peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat, dua pemimpin PAS sekarang bertelagah.
Tuan Guru seperti kebanyakan penyokong PR yang lain begitu bermati-matian mahukan pelan ini berjaya. Sedang Cikgu Pa pula punyai pandangan sendiri yang dilihat ramai sebagai usahanya menggagalkan pelan yang telah dipersetujui semua pihak dalam PR.
Tuan Guru mengingatkan supaya Cikgu Pa kembali kepada keputusan yang dicapai dalam muktamar yang lalu untuk bersama memperkukuhkan PR.
Walaupun kenyataan Cikgu Pa dikatakan bersifat peribadi namun sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu kenyataannya dianggap mewakili PAS Terengganu yang begitu kuat mengkritik dasar parti mengenai hubungan PAS dalam UMNO ketika muktamar yang lalu. Setidak-tidaknya kenyataan ini menimbulkan syak wasangka yang besar di kalangan penyokong PAS dan PR bahawa Cikgu Pa dan PAS Terengganu tidak sependapat dengan PAS Pusat. Lebih berat lagi, tuduhan yang dilempar kononnya Cikgu Pa adalah dalang UMNO dan musuh dalam selimut PR.
Bagi saya siapa saja boleh memberikan pendapat. Setiap ahli wajar diberi ruang untuk berhujah. Maka hujah lawannya hujah. Fitnah, tuduhan, makian, cercaan atau pergaduhan sebaiknya dielakkan. Tiada siapa yang untung. Musuh pula melompat kegembiraan.
Saya percaya kalau pelan yang dirancang itu disusun rapi, setakat cakap-cakap Cikgu Pa saja, tak mampu menggagalkannya. Jadi tak perlulah kita melompat, bersilat, sepak dan terajang Cikgu Pa sampai tak boleh bernafas.
Semua pihak dalam PAS harus bertenang dalam hal ini. Sebagai ahli di peringkat bawahan, janganlah kita tambah api yang sedang marak ini. Sebaiknya kita berusaha menambah ahli dan kelab penyokong, memperkemaskan jentera parti, membantu kerajaan negeri dan memperkukuhkan perpaduan. PAS tidak boleh hanya jadi pemerhati saja melihat PKR berusaha keras menarik ahli parlimen BN menyebelahi mereka.
Kepada mereka yang beria-ria nak bergabung dengan UMNO (kalau ada), baik lupakan saja. Muktamar dah putuskan tiada kerjasama dengan UMNO. Mungkin ada baiknya usaha itu diganti dengan menarik ahli parlimen BN khususnya dari UMNO menyertai PAS. Itukan berdakwah juga namanya.
Walaupun saya juga meragui kemampuan PR membentuk kerajaan pusat, tapi saya tetap berharap rancangan ini menjadi kenyataan. Amin.

Ulasan