Seronok menonton siaran langsung perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Terengganu dan Pulau Pinang. Walaupun turun bermain di tempat sendiri, Terengganu nampaknya gagal menahan amukan pasukan Pulau Mutiara itu dengan kekalahan memalukan 2-4. Pulau Pinang ternyata mengambil kesempatan dari keadaan pincang Terengganu yang bermain 10 orang akibat salah seorang pemain import mereka dilayang kad merah.
Seronoknya kerana banyak gol yang dihasilkan dalam permainan ini. Selain itu, kerana yang menang itu Pulau Pinang dan yang kalah itu Terengganu. Anak saya bertanya, "abah sokong pasukan mana?" Saya jawab, "Pulau Pinang la...". Entah kenapa rasa sukar pula memisahkan politik dan sukan. Pulau Pinang negeri Pakatan Rakyat, Terengganu negeri BN. Itulah alasan saya. He...he...
Ulasan