Langkau ke kandungan utama

On Call

Berdebar menanti kelahiran anak yang ke-5. Mengikut jangkaan doktor, isteri saya dijangka melahirkan anak kami pada 22 haribulan ini. Ertinya dalam tempoh 4 hari lagi. Sehingga hari ini belum kelihatan apa-apa tanda. Mungkin kerana sudah masuk yang ke- 5 kali ini, beliau bijak menangani masalah sehingga gagal dikesan. Namun sejak dua bulan yang lalu, isteri saya nampak keletihan. Maklum saja, selain yang 'dalam' diusung kesana kemari, yang di luar pula minta dilayani. Sementara yang ke-4, manjanya melebih-lebih pula. Cuma sejak kebelakangan ini, seperti memahami keadaan emaknya dan bakal adiknya nanti, manjanya teralih kepada saya.

Kakak dan abang-abangnya pula saling meneka jantina adik baru. "Kalau boleh hendakkan adik perempuan", kata si abang. Sedang kakak, "kakak nak adik lelaki, nak buli." Saya pula serahkan saja kepada ketentuan Ilahi. Lebih penting ialah sihat dan dipermudahkan Allah. Itu doa saya seusai solat. Pemberian Allah tidak wajar dipertikaikan biarpun berlawanan dengan kehendak kita.

Hati semakin berdebar. Saya sekarang dalam "on call".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed