Misi saya membawa surat permohonan sumbangan YB EXCO untuk mengadakan kem kecemerlangan UPSR dah selesai. Surat tersebut selamat sampai ke tangan YB pada malam Jumaat (kalau ikut orang Melayu, malam baik tu......). Tak kisah lah malam apa pun, janji kerja jadi. Tiada komen dari YB, cuma katanya, "awat bagi surat lewat, memang ada peruntukan untuk ni". Dalam hati saya berkata, "kalau dah rezeki, lewat pun takpa lah..". Saya pulang dengan harapan. Esoknya, program pun bermula.
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan