Langkau ke kandungan utama

Kerajaan BN yang Bermoral

Utusan Malaysia, Sabtu 19 April 2008 melaporkan,

"Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka. Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.''Mereka akan dihukum oleh para pemilih kawasan masing-masing dengan pelbagai cara. Jelas sekali perbuatan itu tidak bermoral. Kerajaan yang dibentuk dengan cara itu pula tidak akan diterima rakyat," katanya."


Pensyarah UUM kata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermoral. Lihatlah bagaimana bermoralnya kerajaan BN:-
  • Rasuah.

  • Melindungi perasuah.

  • Pembunuhan beramai-ramai di Memali.

  • Campurtangan dalam badan kehakiman.

  • Tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  • Penipuan pilihanraya.

  • Menghadkan permit pengeluaran akhbar yang tidak sehaluan dengan mereka.

  • Kawalan ke atas media yang keterlaluan.

  • Menggunakan media untuk propaganda dan melancarkan fitnah ke atas lawan mereka.

  • Menggunakan media milik rakyat untuk kempen pilihanraya BN.

  • Tahan tanpa bicara dalam ISA.

  • Melanjutkan tempoh tahanan ISA tanpa dibukti kesalahan.

  • Campurtangan dalam politik kampus.

  • Salah laku seks aka hubungan sulit. (Ini paling bermoral)

  • Menghadiahkan penyapu.

  • Membazirkan wang rakyat untuk membina masjid yang tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat di Terengganu.

  • Menyekat kebebasan bersuara dan untuk berhimpun secara aman.

  • Dan banyak lagi ............

Ohhhh!! Betapa bermoralnya kerajaan BN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed