Langkau ke kandungan utama

Solat terawih dan sebotol air mineral

  1. Semalam di Surau al-Muhtadin.
  2. Sebelum solat terawih dimulakan, tuan imam mencapai mikrofon lalu berucap. Katanya mahu menyampaikan pesan Ustaz Abdul Hamid Tahir, Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.
  3. Pesan pertama, lafaz dan niat solat witir dua rakaat yang pertama mestilah disertai dengan perkataan 'muqaddimah'. Ia berbunyi 'Usolli sunnatul muqaddimatul witri rak'aataini makmuman lillahi ta'ala'. 'Sahaja aku sembahyang sunat muaqaddimatul witri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala'.
  4. Ini kerana dua rakaat pertama itu belum lagi witir kerana witir maksudnya ganjil. Yang ganjilnya pada satu rakaat kedua itu. Ini saya setuju.
  5. Tapi saya tak setuju pada mengajar lafaz solat dan niat. Sebenarnya bukan niat tetapi berkata-kata dalam hati. Kemudian ada tambahan pula dalam lafaz. Tambahan itu boleh menyusahkan jamaah yang tidak menguasai bahasa Arab. Berapa orang yang pandai bahasa Arab?
  6. Niat adalah lintasan hati dan ia berlaku dalam keadaan sedar. Cukuplah kalau makmum tahu tentang kedudukan sebenar solat witir yang pertama dan kedua. Ketika mereka bertakbir dalam keadaan mengetahui hal sebenarnya, telah berlakunya niat di situ.
  7. Pesan yang kedua, solat terawih dua puluh rakaat tidak sama dengan solat terawih lapan rakaat. Ia ibarat air mineral dalam botol 1 liter dangan 500ml.
  8. Saya seperti tidak percaya kalau pesan itu datangnya dari seorang ahli Majlis Fatwa. Soal ibadah hanya berdalilkan sebotol air mineral. Kitab mana yang dia guna ni?
  9. Adakah solat kita 20 rakaat lebih baik dari solat Baginda Nabi dan para sahabatNya 8 rakaat? Kalau pun nak mempertahankan sangat kelebihan 20 rakaat, janganlah buat lawak bodoh macam ni. Kasihanilah mereka yang baru berjinak-jinak dengan surau. Cadang nak buat lapan rakaat sahaja di surau, langsung tak jadi datang.
  10. Kepada sahabat-sahabat surau al-Muhtadin yang terbaca blog ini, saya pula nak berpesan. Firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS al-Isra':36)
  11. Ibadah dinilai bukan pada kuantitinya tapi pada kualitinya. Kualitinya bergantung kepada:- (a) keikhlasan (b) mutaaba'ah iaitu mengikut petunjuk Rasulullah.
  12. Berhentilah berpolemik 20 atau 8 rakaat. Kalau dah tak larat sangat, nak buat dua rakaat pun, apa salahnya? Firman Allah, "Maka bertaqwalah kamu(melaksanakan perintah) kepada Allah mengikut kemampuan kamu..."(QS at-Taghaabun:16). Sesungguhnya Allah tidak mentaklifkan kepada hambaNYA kecuali mengikut kadar kemampuan hamba itu.
  13. Dan jangan sekali-kali menggunakan dalil sebotol air mineral. Nampak sangat tak ada modal.

Ulasan

شاح اندرني berkata…
Salam... Haha.. nak gelak pun ada.. Tapi, tak pernah pula dengar fatwa ni.. Pelik...
Malu berkata…
Ada yang pi surau buat 8 rakaat tu bukan dia ambik kisah pasai mana yang lebih baik. Dia kira 8 paling minimum. Cukuplah. Nak buat lebih tak larat, letih kerja siang tadi. Bila dah tok imam kata macam ni, langsung tak jadi pi. Malu member-member dok tengok.
Azridul berkata…
Bagi orang awam, apa yang ustaz-ustaz cakap semuanya betul.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se