Langkau ke kandungan utama

'Jaga Melayu' yang sebenarnya

Khabarnya Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon berketurunan India mewakili parti masing-masing dalam Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau. Baik PR mahupun BN, mereka ada perkiraan politik sendiri bagi mewajarkan tindakan yang diambil. Saya harus akui kejahilan diri dalam hal ini. Kalau ada orang tanya kenapa agaknya PR letak calon bukan Melayu, saya akan kata, "tak tau!"

Tapi ada seorang kawan saya yang marah sungguh bila PR dan BN mahu letak calon India. Katanya PR dan BN tak ada t***r, takut sama orang India. Tak berani letak calon Melayu. Setahu saya kawan ini memang penyokong kuat PR atau tepatnya PAS.

Bila tengok dia marah, saya diam saja. "Kuat sentimen Melayunya", fikir saya. Ini bukan pertama kali saya terserempak dengan species seperti ini sehingga mendorong saya menulis posting 'Istikharah Memilih Calon' menjelang pilihanraya umum yang lalu. Terlalu kuat kemelayuannya hingga berasa terkilan apabila tiada calon Melayu lalu memutuskan untuk tidak mengundi.

Malangnya sentimen Melayu hanya berlegar sekitar persoalan politik sahaja. Kita begitu bersemangat mempertahankan apa yang didakwa sebagai kuasa politik Melayu. Sebaliknya kita tidak pernah mengambil kisah bila kuasa ekonomi berada di tangan orang bukan Melayu. Bahkan kitalah yang menyokongnya selama ini. Bukankah kedai runcit mereka yang menjadi pilihan kita. Pasar mini mereka tempat kita mendapatkan barangan keperluan menjelang perayaan. "Semua barang ada di sini", katanya. Kontraktor bukan Melayu juga dipilih bila rumah nak diubahsuai. Belum lagi barang keperluan lain, termasuk ikan dan sayur. Hanya ayam dan daging saja dibeli dari orang Melayu. Itupun sebab kena makan ayam yang disembelih orang Islam. Pendek kata kita bukan saja membantu mengkayakan mereka malah terlalu bergantung kepada mereka. Sedang kedai orang Melayu dibiar terkonteng-konteng, hidup segan mati tak mahu. Dah sengkek sangat barulah menjenguk kedai saudara kita. Sebab boleh guna buku 555. Hutanglah tu.

Sepatutnya orang yang kuat sentimen Melayu bangkit memperbetulkan keadaan ini. Berkempen supaya mengutamakan kedai bangsa sendiri. Kalau ada kenduri kendara, kedai sahabat kitalah tempat mengambil segala barang keperluan. Kalau macam ni barulah boleh dikatakan 'jaga Melayu'. Wakil rakyat Melayu pun belum tentu menjamin kesejahteraan orang Melayu kalau si wakil yang kita pilih itu pun terpaksa menyembah mohon dibantu oleh tauke- tauke bukan Melayu.

Ini hanya satu saranan bagi mereka yang kononnya sensitif menjaga kuasa politik orang Melayu. Bukan bermaksud untuk menghasut. Tapi mengajak supaya melihat pada realiti. Politik bukan segalanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...