Petang tadi saya keluar ke bandar untuk menyelesaikan beberapa urusan. Setelah semuanya selesai saya singgah untuk solat asar di sebuah masjid. Kebetulan ketika saya sampai, solat jamaah baru saja disudahkan. Saya pun tidak tergesa-gesa untuk berwuduk. Saya juga tidak bercadang untuk ikut solat secara berjamaah dengan beberapa orang yang datang lewat dan mereka mengadakan jamaah baru. Dalam hal ini saya lebih selesa dengan pandangan dan pelakuan sebahagian daripada golongan tabi'in yang bersolat secara berseorangan (munfarid) andainya mereka terlepas jamaah yang pertama. Malah ada yang pulang bersolat di rumah dan berjamaah bersama isteri mereka. Antara yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Sufyan, Imam Malik, Ibnul Mubarak dan Imam Syafi'e. (Rujuk Fiqh Sunnah edisi terjemahan bahasa Indonesia terbitan Pustaka al-Azhar dalam bab Solat Jamaah.)
Sebelum kaki melangkah masuk ke dewan solat, saya sempat memasang telinga menangkap perbualan dua sahabat. Salah seorangnya berketurunan India Muslim dan sudah berumur. Orangnya saya kenal dan sering melihatnya di kedai buku yang agak popular di bandar ini. Seorang lagi lelaki Melayu yang usianya agak sebaya saya. Butir bicara mereka saya amati.
Lelaki India Muslim: Saya pernah tengok orang yang tangannya berbalut, dia berwuduk dan sapu air di atas balutan.
Lelaki Melayu: Kalau air sampai ke anggota wuduk tak apa, tapi kalau tak sampai anggota tak sah. Dia kena tayammum.
Lelaki India Muslim: Tapi ramai juga yang saya tengok macam tu. Depa tak tau kut.
Setakat itu saya pun berlalu masuk. Nak masuk campur takut tak dilayan. Tambahan kalau tengok dari segi pakaian yang bert'shirt tanpa kopiah putih, siapa yang nak 'respect'. Teringatkan lama juga tak ada posting terbaru di blog, saya bercadang untuk merakamkan pengalaman ini.
Dr. Yusof al-Qaradhawi pernah menyentuh dalam Fatawa Mu'assarahnya mengenai hal ini. Katanya, "tiap-tiap sesuatu yang diletakkan di atas anggota wuduk yang luka, sama ada kain atau plaster, hal itu boleh (sah) wuduknya walaupun tanpa dibuka atau dicabut terlebih dahulu. Kerana untuk menjaga jangan sampai luka tersebut bertambah parah. Dalam bahasa Arab ia sebut 'jabirah' iaitu kain yang dletakkan dan diikatkan ke anggota badan yang luka. Caranya ialah dengan mengusap atau menyapu air ke bahagian yang berbalut pada anggota wuduk tersebut. Wuduknya sah dan solatnya tidak wajib di qada."
Kesimpulannya, terpulang kepada individu terbabit. Sama ada dia memilih untuk bertayammum atau memilih untuk berwuduk dan menyapu pada jabirahnya. Kedua-dua dibolehkan dan lebih penting solat tidak perlu di qada. Sesungguhnya ijtihad fiqh sentiasa terbuka pintunya dan luas bidangnya. Gunakan sebaiknya untuk kemudahan umat dan jangan menyusahkan. "Yassiru wa la tu'assiru". Permudahkan dan jangan menyusahkan.
Wallahu a'lam.

Ulasan