Zaman kanak-kanak dulu, saya sering dibawa baba ke majlis-majlis ilmu khususnya kuliah maghrib. Setiap kali hadir ke kuliah, baba membawa alat perakam kaset. Saya mula menyedarinya ketika baba membawa saya mengikuti kuliah Ustaz Hasan Din Al Hafiz (kini Datuk) di Masjid Negara. Malah ramai lagi yang turut berbuat demikian.
Tidak lama kemudian, kaset-kaset pengajian mula menjadi satu industri. Ramai pengusaha lahir dari industri ini. Bagus juga. Selain membuka peluang perniagaan kepada orang-orang 'kita', ia juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang tidak berkesempatan berada di majlis-majlis ilmu untuk menambah ilmu agama mereka.
Saya masih ingat nama-nama guru atau penceramah yang berada dalam senarai pilihan orang ramai untuk mendapatkan kaset-kaset pengajian mereka. Antaranya, Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz Yazid Jaafar, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Syamsuri Ahmad dan lain-lain. Seiring dengan perkembangan teknologi, kini kaset-kaset digantikan pula dengan CD dan VCD malah boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Orang ramai yang dahagakan ilmu dan pengajian berpeluang menambah ilmu mereka melalui CD dan VCD. Justeru tidak dapat dinafikan pengajian sama ada melalui kaset, CD atau VCD ada manfaatnya.
Namun begitu, masih terdapat kekurangannya jika dibandingkan pengajian dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Menurut Syaikh Shalih bin Abdul Aziz Ali Syaikh, dengan berada di majlis ilmu dan mengikuti pengajian dari guru secara langsung seseorang itu boleh mendapat manfaat dari petunjuk gurunya melalui ucapan, pandangan, pendidikan dan pengajarannya, cara mengingatkannya, jalannya, cara menyelesaikan perkara, bagaimana ketika menghadapi suatu perkara, bagaimana cara menjawab, bagaimana berurusan dengan orang yang menyalahinya, dengan orang yang kurang baik adabnya, dengan orang-orang yang memuliakan secara berlebih-lebihan. Semua adab-adab ini diperoleh dari petunjuk para ulama dengan cara duduk menuntut ilmu dihadapan mereka.

Selain itu ada hal-hal berupa ibadah (yang dapat dicontohi dari para ulama) seperti rasa takut kepada Allah Jalla Jalaluhu. Ada manfaatnya dengan kita melihat para ulama membimbing manusia dalam beribadah, berzikir, dan kesungguhan melakukan kebaikan, kita akan terpengaruh dengan kesungguhan, istiqomah dan ketekunan ulama dalam ibadah mereka kepada Allah Jalla Jalaluhu. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata : "Guru kami itu, tidaklah kami hadir ke majlisnya kecuali manfaat yang kami dapati dari tangisannya (karena takut kepada Allah Jalla Jalaluhu), melebihi manfaat yang kami dapati dari ilmunya."
(petikan dari Majalah Adz-Dzakhiirah Al-Islamiyyah, Edisi 02 Zulkae'dah 1423/Januari 2003 dan diterbitkan oleh Ma’had Ali Al-Irsyad Jl Sultan Iskandar Muda 45 Surabaya)
Mengikuti pengajian secara langsung juga memberi peluang untuk kita duduk bersama para penuntut ilmu lainnya dalam sebuah halaqah. Ia memberi kesan mendalam kepada jiwa yang diikat dengan hubungan kerohanian yang sangat murni lahir dari hati yang ikhlas mencari reda Allah.
Hal-hal ini memberikan pengaruh bagi penuntut ilmu. Sesungguhnya penuntut ilmu itu akan sangat terpengaruh oleh sosok keperibadian seorang guru dan akhlaknya. Sedangkan melalui kaset semata kita tidak mungkin mengetahui hal-hal seperti itu. Mendengarkan ilmu melalui kaset itu penting, akan tetapi lebih utama berguru dihadapan ulama sehingga tidak luput darinya sisi-sisi kebaikan lainnya.
Ulasan