Ada kisah menarik di sebalik pemilihan S Manikumar sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau. Cerita yang saya dengar, beliau dipilih dari senarai 12 nama yang dikemukakan untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti PKR. Kemudiannya ia disenaraipendekkan menjadi tiga. Seterusnya nama S Manikumar diumumkan sebagai calon oleh Datuk Seri Anwar sendiri.
Khabarnya mereka yang dikemukakan, masing-masing menyatakan hasrat secara terbuka untuk menjadi calon dalam pilihanraya kecil itu kecuali S Manikumar. Mungkinkah sikapnya itu menjadi kriteria menambat hati Anwar untuk memilih beliau sebagai wakil parti?
Saya langsung teringat kisah Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang menolak permintaan seorang sahabat Baginda yang ingin dirinya dilantik memegang satu jawatan utama. Tidaklah keterlaluan jika mahu dikatakan Datuk Seri Anwar cuba menjejaki sunnah siasah Baginda Rasul.
Kepada Encik S Manikumar saya hadiahkannya sebuah ungkapan(dengan sedikit pindaan) dari Syeikh Muhammad Abduh yang berbunyi "aku melihat Islam pada diri bukan Muslim".

Ulasan