- Diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam solat subuh, Baginda membaca ayat-ayat yang panjang selepas bacaan fatihah.
- Terkadang Baginda membaca surah al-Mukminin, terkadang juga membaca surah at-Takwir atau surah Qaf( riwayat Muslim dalam al-Jami’ Baina as-Shahihain-الجميع بين الصحيحين-)
- Baginda juga membaca surah as-Sajdah dalam rakaat pertama dan al-Insaan dalam rakaat kedua dalam solat Subuh pada hari Jumaat.
- Kedua-dua surah tersebut dibaca secara penuh, bukan sekerat-kerat.
- Saya biasa solat di belakang imam yang membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-A’la(الأعلى) pada rakaat kedua.
- Ini berikutan salah faham yang beranggapan keutamaan melakukan sujud sajadah(tilawah) pada setiap pagi Jumaat. Justeru dengan membaca surah berkaitan dan melakukan sujud sajadah?, ia sudah memadai. Rakaat ke dua boleh pilih mana-mana surah ikut kemampuan.
- Selain itu, anggapan sesetengah orang bahawa sujud sajadah dilakukan pada setiap solat Subuh hari Jumaat juga bertentangan dengan amalan Rasulullah dan para Salafus Soleh.
- Baginda tidak menjadikan bacaan ke dua-dua surah tersebut dan bersujud tilawah sebagai kebiasaan pada setiap solat subuh hari Jumaat. Ada riwayat mengatakan Nabi juga ada membaca surah al-Jumu’ah yang digandingkan dengan surah al-Munafiqun.
- Suka saya menyarankan agar kita kembali kepada cara ibadah Nabi. Walaupun ada yang beranggapan dengan tidak bersujud tilawah pada pagi Jumaat akan mengurangi pahala solat, namun saya percaya dengan menyelangi surah-surah selain as-Sajdah dan al-Insaan lebih dekat dengan petunjuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. –Wallahu a’lam.
Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha
Ulasan
Rasanya Ustazah terlebih maklum dari saya dalam hal ini.