- Tulisan kali ini berkaitan dengan hukum khutbah Jumaat.
- Terlebih dahulu, tulisan ini bukan bermaksud menyanggahi pandangan Imam Syafi’e serta jumhur ulama’ yang mewajibkan khutbah Jumaat dibaca dan didengari oleh para jamaah.
- Ia sekadar membuka ruang perbincangan di kalangan umat agar setiap dari kita kita melihat betapa luasnya daerah fiqh itu untuk diterokai oleh sesiapa sahaja.
- Justeru, jangan pula nanti tulisan ini dijadikan hujah untuk mana-mana pihak menjatuhkan hukuman sama ada kepada yang bersependapat atau bertentangan dengan penulis.
- Mengenai khutbah Jumaat, jumhur ulama’ berpendapat bahawa ia adalah wajib.
- Menurut Imam Syafi’e rahimahullah ta’ala, sebarang urusan yang tidak berkaitan dengan solat Jumaat adalah haram dilakukan sebaik sahaja Imam naik ke mimbar.
- Pandangan para ulama’ ini disokong hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Baginda Rasul berkhutbah pada setiap kali mengerjakan solat Jumaat.
- Lalu mereka mengambil alasan itu dan digandingkan dengan sabda Nabi, “صلوا كما رأيتموني أصلي” yang bermaksud, “sembahyanglah kamu seperti kamu melihat aku sembahyang”.
- Pandangan mereka juga turut disokong oleh firman Allah dari ayat ke-9 surah al-Jumu’ah yang berrmaksud, “Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah(zikrillah) dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
- Kalimah zikir dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai khutbah. Demikian ada perintah zikir yang bermaksud khutbah, maka zikir atau khutbah itu hukumnya wajib.
- Walaubagaimanapun, alasan-alasan ini tidak dipersetujui oleh Imam Syaukani.
- Mengenai alasan pertama, dijawabnya bahawa semata-mata mengerjakan sahaja tidak bererti ia wajib.
- Alasan kedua dari hadis, “solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”, ia merujuk kepada solat Nabi bukan khutbah Nabi kerana khutbah tidak termasuk solat.
- Bagi alasan ketiga yang merujuk istilah zikir dalam ayat ke-9 surah al-Jumu’ah, Imam Syaukani berpendapat zikir dalam ayat itu adalah solat. Maka yang wajibnya ialah solat bukan khutbah.
- Selanjutnya kata Imam Syaukani, “Maka yang benar ialah apa yang dikemukakan oleh Hasan Basri, Daud Zahiri dan Juwaini, bahawa khutbah itu hukumnya hanya sunat.”
- Kesimpulannya, khutbah Jumaat juga termasuk dalam cabang khilafiah.
- Jangan lagi ada yang rasa pelik, geram atau hukum orang yang datang lewat untuk solat Jumaat sebagai tidak sah solat mereka kerana tak dengar khatib baca khutbah.
- Mungkin mereka ini sudah terbiasa dengan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Syaukani. Tidak menjadi hal bagi mereka sama ada nak dengar atau tak nak dengar khutbah.
- Kata mereka lagi, “dengar khutbah pun macam tak dengar, terangguk-angguk.”
- والله أعلم -
::Rujukan penulis: Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah Jilid Dua(Terjemahan) pada bab Khutbah Jumaat.
Ulasan