Dulu-dulu(lebih kurang 25-30 tahun lepas) kalau ustaz-ustaz sentuh tentang kenduri kahwin, mereka akan mengingatkan tentang adab-adab yang perlu diberi perhatian khususnya oleh ‘tuan kenduri’. Antaranya ustaz kata, “Jangan lagi ada bersanding. Jangan bercampur lelaki perempuan. Asingkan khemah lelaki dan khemah perempuan. Joget-joget tak payah dah.” Lebih kurang macam itulah.
Masa itu masyarakat sudah mula mendekatkan diri kepada ilmu Islam. Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama semakin mendapat sambutan. Para penceramah mengambil kesempatan dari keadaan yang sangat memberangsangkan itu untuk membetulkan keadaan.
Alhamdulillah, keadaan mula berubah. Masyarakat sudah mula meninggalkan amalan bersanding. Tetamu lelaki dan perempuan disediakan khemah yang berasingan. Ghazal parti, joget, tari menari tidak lagi menjadi agenda 3 hari 3 malam kenduri kahwin.
Namun, apa yang saya perhatikan keadaan seperti berpatah balik ke belakang. Tiada majlis persandingan, tetapi pengantin diarak ke hulu ke hilir. Habis dipandangnya akan si pengantin perempuan oleh para tetamu. Nampak macam lebih teruk dari bersanding.
Tiada lagi ghazal parti, joget dan tarian. Tapi dia pasang lagu mencucuk ke telinga sampai nak telan nasi pun tersekat di kerongkong. Macam nak pecah gegendang telinga.
Tuan rumah dah elok pasang dua khemah khusus lelaki dan perempuan. Tapi tetamu yang datang pula tak reti nak bezakan. Ikut suka dia nak masuk. Lebih-lebih lagi yang datang berpasangan. Nak berpisah sekejap pun tak boleh. Berbarislah yang perempuan bersama-sama dengan kaum Adam mencedok nasi dan lauk.
Bab ini tak boleh salahkan tuan rumah. Kalau waktu tak ada orang atau dah masuk fasa akhir majlis, tak mengapa juga. Ini masa orang tengah sesak dan padat. Terpaksalah, sentuh sana sentuh sini. Yang peliknya, si suami macam tak kisah bini dia berhimpit dengan lelaki lain nak ambil lauk, kemudian duduk sebelah atau berhadapan dengan lelaki lain dalam satu khemah. Kita pula yang rasa segan.
Perkara ini nampak macam remeh. Tapi tidak bagi saya. Bimbang nanti jika tidak dikawal, ia akan menjadi trend baru. Dan ini yang saya bimbang. Satu hari nanti, saya juga akan menjadi tuan kenduri. Saya tak mahu anak perempuan saya diarak dan dijadi bahan tontonan walaupun dia tidak disandingkan. Saya tidak mahu majlis saya dicemari dengan kedudukan lelaki perempuan dalam satu khemah berhimpit-himpit. Dan saya sangat tidak suka majlis saya bingit dengan alunan muzik yang entah apa-apa.
Ulasan
Teman Iman, kenduri nikahnya mengikut sunnah, yang mana pengantin lelakinya berserban dan pengantin perempuannya berpurdah,,,
Tapi sayangnya, keluarga pihak pengantin perempuan tidak memahami ape itu Islam..
Jadi ade jugak lah karaoke nya, tapi nasib baik keluarga pihak lelaki memahami kerana mereka tinggal d satu tempat...
Sekarang mereka bakal menerima cahaya mata, doakan mereka semua selamat ia :-)