Langkau ke kandungan utama

Isu Wahabi:JAKIM jelas pandangan Zamihan al-Ghari salah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah memanggil pegawainya Zamihan bin Mat Zain yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Dr. Abdul Rahman as-Sudaisi cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini.

Pengesahan dibuat Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha ketika sidang media di pejabat beliau di Putrajaya.

Pandangan beliau (Zamihan) itu salah, kita memang menjemput Imam Masjidil Haram ini dan menerima kunjungannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam.

“Jadi tidak ada seperti yang didakwa kononnya Imam Besar Masjidil Haram ini cuba menyuntik fahaman Wahabi dan sebagainya, saya telah panggil pegawai ini pagi tadi serta memberi penjelasan kepada dia tentang kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini ke Malaysia.”

Ditanya sama ada JAKIM akan mengambil tindakan terhadap Zamihan, Othman bagaimanapun berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

“Kita akan siasat dulu perkara ini dan dalam pertemuan dengan pegawai ini pagi tadi saya dah jelaskan, nampaknya dia akur dengan apa yang saya katakan.”

“Apa-apa pun kita akan siasat dulu, kita ikut prosedur….. tindakan itu akan dibuat kemudian,” katanya.

Tahun lalu Zamihan menjadi perhatian ekoran tuduhannya mengaitkan beberapa tokoh politik dan agama mempunyai kaitan dengan wahabi dan pengganas JI. Tokoh-tokoh tersebut ialah Dr. Mohamad Asri, Dr. Juanda (Mufti Perlis), Datuk Seri Shahidan Kasim, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Datuk Nik Abdul Aziz (MB Kelantan).

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia pernah mengaitkan tokoh-tokoh tersebut dengan Wahabi dan pengganas JI.

Sebelum ini Zamihan dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insiders berkata, dia mengesyaki Syeikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan yang dikeluarkan Zamihan itu bukan mewakili kerajaan atau JAKIM.

“Apa yang dia katakan itu tidak mewakili kerajaan dan JAKIM, itu mungkin hanya pandangan peribadinya.”

“Biasalah dia ini, biasanya bila orang cakap A, dia akan cakap B. Tapi apa yang dia kata dalam perkara ini bukan sebagai lidah kerajaan,” tegasnya.

Sambil mempertahankan kehadiran Syeikh Abdul Rahman, Jamil Khir berkata kunjungan itu bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara dua negara, Malaysia dan Arab Saudi.

Mufti Perlis, Dr. Juanda turut mempertahankan kehadiran Syeikh Abdul Rahman bukan bertujuan menyuntik fahaman Wahabi sambil mendakwa tuduhan kononnya Imam Besar itu menggunakan platform jemputan kerajaan untuk menyebarkan amalan Wahabi di Malaysia adalah satu fitnah.

Sumber: Majalah I, Jun 2011. m/s87

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...