Langkau ke kandungan utama

Penyejukan global

Pernah dengar teori penyejukan global? Mungkin ada yang pernah mendengar dan mungkin ramai yang tidak biasa mendengar. Saya pun tidak pernah mendengarnya tetapi pernah terbaca sedikit mengenainya dalam novel berjudul Meniti Maut karya penulis Eyman Haikal terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Teori tersebut dinyatakan secara sepintas lalu melalui dialog antara dua watak utama dalam novel aksi itu iaitu Fariz(positif) dan Bruce(negatif) di awal perkenalan mereka.

Penyejukan global ialah satu fenomena salji cair lalu ia menjadi air dan melimpah ke kawasan panas. Kawasan panas pula bertukar sejuk menyebabkan salji juga turun di kawasan-kawasan yang tidak pernah bersalji. Jika keadaan ini berterusan, akhirnya boleh berlaku penyejukan global.

Fariz sebenarnya meningkah Bruce yang mengaitkan fenomena pemanasan global dengan iklim dunia yang tidak menentu. Sebaliknya Fariz berpandangan adalah tidak mustahil ia berpunca dari penyejukan global.

"Oh, saya pernah terbaca mengenai glaciation. Tapi itu hanya teori sains yang belum pernah terbukti, Fariz." celah Bruce.

"Bukankah dunia pernah dilitupi ais beribu tahun lalu? Ice age? Bukankah itu buktinya, Mr. Bruce?" soal Fariz.

Bagaimanakah agaknya kalau salji turun di negara kita? Adakah ia satu nikmat atau musibah? Ketika ini masyarakat dunia masih belum diperkenalkan dengan teori ini memandangkan rata-rata sibuk berbincang kaedah menangani kesan pemanasan global.

Atau, mungkin juga ia sekadar satu teori yang belum terbukti seperti kata Bruce.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah