Langkau ke kandungan utama

KEHIDUPAN SEHARI-HARI YANG ISLAMI

KEHIDUPAN SEHARI-HARI YANG ISLAMI

Oleh: Syeikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah

Saudaraku.... Dengan penuh pengharapan bahwa kebahagian dunia dan akhirat yang akan kita dapatkan, maka kami sampaikan risalah yang berisikan pertanyaan-pertanyaan ini kehadapan anda untuk direnungkan dan dijawab dengan perbuatan. Pertanyaan-pertanyaan ini sengaja kami angkat kehadapan anda dengan harapan yang tulus dan cinta karena Allah Subhanahu wa Ta'ala, supaya kita dapat mengambil manfaat dan faedah yang banyak darinya, disamping itu sebagai bahan kajian untuk melihat diri kita, sudah sejauh mana dan ada dimana posisinya selama ini.


Apakah anda selalu solat Fajar berjamaah di masjid setiap hari?


Apakah anda selalu menjaga solat yang lima waktu di masjid? Apakah anda hari ini membaca Al-Quran?


Apakah anda rutin berzikir setelah selesai melaksanakan solat wajib?


Apakah anda selalu menjaga solat sunat Rawatib sebelum dan sesudah solat wajib? Apakah anda (hari ini) khusyu' dalam solat dengan menghayati apa yang anda baca?


Apakah anda (hari ini) mengingat mati dan kubur?

Apakah anda (hari ini) mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

Apakah anda telah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebanyak tiga kali, agar memasukkan anda ke dalam Syurga? Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian, syurga berkata :"Wahai Allah Subhanahu wa Ta'ala masukkanlah ia ke dalam syurga".

Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali? Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata: "Wahai Allah peliharalah dia dari api neraka". Berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang artinya :"Barangsiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: "Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: "Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka". [Hadits Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6]

Apakah anda (hari ini) membaca hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam?

Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?

Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau?

Apakah anda (hari ini) menangis karena takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala?

Apakah anda selalu berzikir pada waktu pagi dan petang?

Apakah anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala atas dosa-dosa (yang engkau perbuat -pent)?

Apakah anda telah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati Syahid? Kerana sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang artinya: "Barangsiapa yang memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati syahid, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur". [Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya]

Apakah anda telah berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar ia menetapkan hati anda atas agama-Nya?

Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di waktu-waktu yang mustajab?

Apakah anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama? [Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang dipahami oleh para Sahabat Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam, karena banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justeru merosak pemahaman Islam yang benar.- pent]

Apakah anda telah memintakan ampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Kerana setiap kali mendoakan mereka anda akan mendapat kebajikan pula.

Apakah anda telah memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala atas nikmat Islam?

Apakah anda telah memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

Apakah anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya?

Apakah anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan pribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala saja?

Apakah anda telah menjauhi sikap sombong dan berbangga diri?

Apakah anda telah mengunjungi saudara seagama, ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala?

Apakah anda telah mendakwahi keluarga, saudara-saudara, tetangga dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri anda?

Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

Apakah anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun" jika mendapatkan musibah .?

Apakah anda hari ini mengucapkan doa ini : " Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa a'lamu wastagfiruka limaa la 'alamu = Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui". Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil. [Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625]

Apakah anda berbuat baik kepada tetangga?

Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya', hasad dan dengki?

Apakah anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat dan berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya?

Apakah anda takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam hal penghasilan, makanan dan minuman, serta pakaian?

Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

Saudaraku,
jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan, agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat, insya Allah. Sekian.


Risalah ini dinukilkan dari buku saku Zaad Al-Muslim Al-Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari) hal. 51-55, bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil dari kitab Al-Wabil Ash-Shayyib oleh Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah.


p/s: Kalau tidak boleh dilaksanakan semua, jangan pula ditinggalkan semua. Amalkan mengikut kemampuan kerana Allah Maha Mengetahu hal keadaan dan kesanggupan hamba-hamba-NYA. Firman Allah 'azza wa jalla yang bermaksud, "Maka bertaqwalah kamu kepada Allah mengikut kemampuanmu…." (Surah at-Taghabun:16)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se