Langkau ke kandungan utama

Alternatifnya apa?

Mudahnya orang kita bila bercakap. Seperti kata Khalid Jaafar dalam blognya, 'Melayu yang emo'.

"Boikot Tesco." Penuh emosi

"Habis nak beli barang kat mana? Kat Tesco tu nak beli barang apa pun mudah dapat." Minta penjelasan.

"Ala banyak kedai 'orang kita'. Beli la kat situ."

Berapa banyak kedai 'orang kita' yang ada. Di kebanyakan tempat, nisbah 1:5. Satu kedai 'orang kita', lima tu............ faham sajalah. Itu belum lagi cerita kedai 'orang kita' yang kena gulung tikar. Asal nak mula berniaga, mulalah orang dengki, kena tuduh bela hantu raya dan tabiat buku tiga lima(buku hutang). Siapa yang buat semua tu? 'Orang kita' juga.

"Kalau semua pakat boikot, Tesco tutup kedai. 'Orang kita' yang kerja kat situ nak pi kerja kat mana?" Tak puas hati lagi.

"Bumi Allah ni kan luas. Rezeki ada kat mana-mana."

Mudahnya.

Di sana sini cerita kilang tutup, kena buang kerja, pekerja ditamatkan kontrak, masalah pengangguran dan macam-macam lagi. Boleh selesai masalah?

Dalam Islam, bila sesuatu diharamkan pasti ada alternatifnya. Islam mengharamkan zina, diharuskan kahwin. Diharamkan riba. diharuskan jual beli.

Kalau nak diharamkan(istilah lain bagi boikot) Tesco, alternatifnya?

Mahu diharamkan Windows. Semua perisian komputer yang kita guna sekarang Yahudi yang punya. Alamat tulis guna tanganlah selepas ini.

Sepatutnya negara-negara Islam yang kaya telah lama mengeluarkan barangan yang menjadi alternatif kepada umat Islam. Sediakan pakej rangsangan khas untuk melahirkan pengusaha-pengusaha dan pengeluar barangan keperluan umat Islam seluruh dunia. Cerita nak boikot barangan Amerika bukan sehari dua kita dengar. Malah lama sebelum Amerika menyerang Iraq lewat pendudukannya ke atas Kuwait lagi. Sampai hari ini, nak ganti barangan keluaran Nestle pun masih belum mampu.

Di Malaysia pula, beri satu contoh pasaraya milik orang Islam yang mampu menandingi Tesco. Bukan setakat barangannya, tapi menyediakan juga peluang pekerjaan kepada'orang-orang kita'. Kalau ada, "jom kita pakat pi sana".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se