Langkau ke kandungan utama

Alahai Batu 2

Saya baru pulang dari Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu Dua yang sepatutnya diadakan malam ini. Secara bergurau saya katakan malam ini adalah malam terakhir saya sebagai Setiausaha. Pasti ada saingan sengit merebut jawatan penting. Kedudukan Ketua cawangan pun belum tentu selamat. AJK sesi lalu akan diasak berbagai persoalan oleh ahli cawangan. Perubahan akan berlaku. Cawangan Batu Dua tidak lagi lesu seperti tahun-tahun lepas memandangkan PAS sudah memegang tampuk kuasa, mungkin ramai yang berhajat untuk keluar dari tempat persembunyian dan menawarkan diri untuk berkhidmat. Orang-orang lama macam kami ni mungkin disuruh berehat.

Kalau itu yang terjadi, saya bersyukur. Sememangnya dah lama saya berhasrat menyerahkan jawatan yang 'bergaji lumayan' ini kepada muka baru.

Bersama minit mesyuarat dan laporan aktiviti saya melangkah masuk ke markas cawangan. Sepi, tak ada orang (kalau dah sepi tu, memang tak ada orang lah). Jam dah hampir 9.30 malam. Seketika saya bersembang dengan Bendahari cawangan. Ada hal kurang enak berlaku di cawangan. Hal apa? Lebih baik dirahsiakan.

Beberapa minit kemudian, Ketua cawangan pun sampai. Selang beberapa lama, sampai lagi beberapa orang ahli termasuk seorang wakil dari AJK Kawasan. Sehingga jam 11.00 malam ahli yang hadir hanya 9 orang. Tak cukup korum.

Khidmat saya sebagai Setiausaha dilanjutkan lagi seminggu. Mesyuarat Agung ditunda ke minggu hadapan. Kalau nak diambil kira dengan situasi malam ini, rasanya minggu depan pun macam ni juga. Alamatnya tetap dan berpencenlah saya sebagai setiausaha Cawangan Batu 2. Dah nama pun Batu 2. Sunyi dan sepi lah jawabnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed