Langkau ke kandungan utama

Ada yang lebih memerlukan.

Jumaat lepas saya bersolat di Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sungai Petani. Bagi para jamaah yang perihatin ke atas nasib saudara mereka di Palestin, pihak masjid menyediakan dua tabung sebagai saluran menyumbang. Setiap satunya diletakkan di pintu masuk arah tepi dan belakang yang menghadap ke Jalan Kolam Air. Alhamdulillah, saya tidak ketinggalan dengan harapan sumbangan yang tidak seberapa dapat meringankan beban saudara seiman yang berjuang menentang musuh Allah dan musuh Islam.

Pada hari itu juga sebelum bilal melaungkan azan ada satu pengumuman telah dibuat. Satu kecurian telah berlaku pada minggu sebelumnya melibatkan tabung bantuan rakyat Palestin. Salah satu tabung yang diletakkan di bahagian pintu masuk belakang telah dicuri.

Rupa-rupanya ada manusia di Sungai Petani yang lebih memerlukan dari rakyat Palestin. Entah derita apa yang ditanggung sehingga merasakan mereka lebih layak menerima sumbangan itu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ya! Memang perasan. Masa masuk nak sembahyang tabung masih ada, bila keluar dah X ada. Ingat AJK masjid dah ambik simpan.

::Wan SP
Tanpa Nama berkata…
Manusia rambut sama hitam ...hati lain-lain...manusia kalau tidak dibajai dengan iman itulah jadinya.............
Tanpa Nama berkata…
Kelmarin saya sembahyang Jumaat di masjid Muzafar Syah. Khatib baca khutbah pasal Palestin. Harap-harap orang lebih bersemangat untuk bagi derma.

Bila nak keluar saya tengok ada pengawal jaga tabung. Baguslah. Sebab itu duit orang ramai. Nanti depa takut nak menderma lagi.

Sdr Azridul sembahyang kat mana?

:: Wan SP
Azridul berkata…
Terima kasih di atas kunjungan dan ulasan saudara-saudara sekalian.

Saya bersolat di masjid yang sama. Anak-anak suka. Depa kata luas dan selesa.

Sesetengah dari kita berpendapat derma yang tidak sampai ke sasaran merugikan si penderma.

Sebenarnya tidak. Allah Maha Mengetahui. Allah membalas amalan manusia berdasarkan niat. Yang penting IKHLAS.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...