Langkau ke kandungan utama

UMNO+MCA+MIC=BN=Tolak hudud

Tergamak UMNO menggunakan hudud untuk memerangkap PAS. Sepatutnya dalam isu ini kedua-dua parti bersatu suara bagi memastikan tertegaknya sebahagin daripada syariat Allah ini. Walaupun hudud bukanlah priority yang perlu didahulukan berdasarkan situasi semasa, namun usaha-usaha perlu dilakukan kearah perlaksanaannya. Malangnya setelah 50 tahun diamanahkan memerintah negara, UMNO langsung tidak menunjukkan minat. Sebaliknya bila PAS dengan kuasa yang diperolehi di Kelantan dan Terengganu cuba menguatkuasakannya, UMNO dengan angkuh dan sombong menggunakan perlembagaan persekutuan menggagalkannya.

Terbaru, UMNO menggunakan sekutunya dalam BN menekan DAP yang menjadi sekutu PAS dalam PR untuk menyatakan pendirian mereka tentang hudud. Dalam hal ini, sudah terang lagi bersuluh UMNO dan MCA bersatu menolak hudud.

Kita berbangga dengan ketegasan PAS mempertahankan hudud biarpun ada tekanan. Dan kita sangat kecewa UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan hari ini sangat bacul dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam BN.

UMNO kata PAS dan parti-parti dalam PR tidak sependapat. Kita akui. Mana mungkin parti yang berlainan dasar dan perlembagaan boleh bersependapat dalam semua hal.

UMNO dakwa semua parti dalam BN saling bekerjasama dan bersependapat. Betulkah begitu?? Kalau begitu UMNO, MCA, MIC dan lain-lain sepakat menolak hudud.

MCA + MIC = tolak hudud
UMNO + MCA + MIC = BN
BN = tolak hudud
UMNO = tolak hudud
(ini bukan Matematik PPSMI. Baca dalam BM)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...