Langkau ke kandungan utama

Syukur

Seorang suami menyatakan hasrat hati ingin berkahwin seorang lagi kepada isterinya. Tidak mahu dikatakan mengkhianati kepercayaan isteri, si suami memberanikan diri. Si isteri yang terkejut berasa kurang selesa dengan permintaan suaminya. Lalu terjadilah dialog antara keduanya yang berlangsung dalam suasana harmoni, saling memujuk dan saling meyakinkan. Si suami berusaha memujuk dan meyakinkan isterinya tentang keperluan untuk beristeri seorang lagi. Si isteri pula berusaha memujuk dan meyakinkan suaminya supaya membatalkan niat yang sekian lama terbuku di hati. Akhirnya tibalah kepada dialog yang kemuncak.

Isteri: Tak cukup lagi kah apa yang Siti bagi kat abang?

Suami: Cukup, malah berlebih-lebih lagi. Siti layan abang, makan minum abang, jaga anak-anak, semuanya cukup.

Isteri: Kalau macam tu, abang sepatutnya rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat abang.

Suami: Abang memang bersyukur. Sebab tu abang patut kahwin seorang lagi.

Isteri: Macamana pulak?

Suami: Allah berfirman dalam al-Quran, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi. Abang bersyukur kahwin dengan Siti, jadi Allah tambah satu lagi isteri kat Abang.

Tak tahan dengan jawapan selamba suaminya, si isteri bingkas bangun menuju ke billik tidur. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu terhempas. Daaammmm!!!!!!!

Klik! Ini pula bunyi pintu dikunci dari dalam.

p/s:: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: ayat 7)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah