Langkau ke kandungan utama

Seimbang

Dari Anas bin Malik radiyallahu ‘anhu, ia berkata:

Pernah suatu ketika Mu’az bin Jabal radiyallahu ‘anhu menjadi imam solat berjamaah. Di kalangan mereka terdapat Ibn Muhlan yang berhasrat menyirami tanaman kurmanya. Ketika sedang berlangsungnya solat, Ibn Muhlan mendapati Imam membaca surah yang terlalu panjang sedang dia ingin segera ke kebun kurmanya untuk menyelesaikan urusannya. Lalu dia mempercepatkan solatnya sehingga selesai terlebih dahulu dari solatnya Muaz dan jamaah yang lain.

Selesai solatnya, Mu’az dikhabarkan tentang seseorang yang menjadi makmum tetapi mendahuluinya. Mu’az pun berkata, “Sesungguhnya dia benar-benar seorang munafiq. Apakah patut dia mempercepatkan solatnya hanya kerana mahu menyirami pohon kurmanya?”

Ketika Ibn Muhlan mendengarkan hal itu, dia pun datang berjumpa dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengadu. Kata Ibn Muhlan, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bertujuan menyirami pohon kurma ku, tapi aku terlebih dahulu ke masjid dan solat bersama orang ramai. Ketika solatnya terlalu lama, aku mempercepatkan solatku dan kemudian aku terus menyirami pohon-pohon kurmaku. Mu’az kemudian telah menuduh aku sebagai munafiq.”

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memandang Mu’az yang kebetulan turut berada di situ lalu bersabda, “Apakah kamu tukang fitnah? Apakah kamu tukang fitnah? Janganlah kamu memanjangkan solat bersama mereka. Cukuplah dengan kamu membaca سبح اسم ربك الأعلى dan والشمس و ضحها atau yang menyamai (panjangnya) dengan surah-surah itu.” -Riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang sahih

Demikian ajaran Islam yang tidak menolak kehidupan dunia dan tidak juga mengecam kehidupan akhirat. Ia agama yang mengimbangi antara tuntutan dunia dan matlamat ukhrawi.

Wallahu a’lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se