Langkau ke kandungan utama

Piala Dunia dan saya

Piala Dunia 2010 sudah masuk hari yang ke-4. Saya pasti ramai yang sanggup bersengkang mata untuk melihat pasukan pilihan mereka bermain dalam satu pertandingan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dunia.

Saya juga antara yang menontonnya. Saya menonton Piala Dunia kerana saya meminati permainan bola sepak. Pernah mewakili pasukan Bawah 15 tahun Maktab Mahmud walaupun sekadar pemain simpanan. Sekarang pula menjadi guru Kelab Bola Sepak SKTT sejak tahun 1998 lagi. Sejak itu juga saya adalah pengurus merangkap jurulatih pasukan Bawah 12 tahun sekolah. Dengan menontonnya, dapatlah sedikit info supaya nanti tak ditemberang oleh bebudak sendiri. Selain itu, rasa puas dapat melihat skil permainan yang ditunjukkan serta kepelbagaian teknik dan strategi bertaraf dunia oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

Walaubagaimanapun, saya agak sedikit berbeza dengan sebilangan penonton Piala Dunia yang lain kerana saya tiada pasukan pilihan atau pasukan yang mahu disokong. Seperti yang saya katakan, saya menonton untuk berhibur dengan corak permainan yang pelbagai tetapi bukan untuk menyokong mana-mana pasukan. Kalau ada pun pasukan yang mahu disokong, mungkin di penghujung kejohanan.

Kerana itu saya tidak perlu memilih perlawanan. Saya juga tidak perlu menahan rasa kantuk berjaga jam 2.00 pagi semata-mata menunggu pasukan pilihan bermain. Saya akan tengok pasukan mana saja yang bermain asalkan mata saya sedia bekerjasama.

Kali pertama saya mengenali Piala Dunia ialah pada tahun 1982 yang berlangsung di Sepanyol. Ketika itu saya dalam Darjah 5. Pada masa yang sama juga umat Islam sedang berpuasa. Sementara menunggu waktu bersahur, masing-masing pakat layan bola dulu. Antara perlawanan yang masih diingati ialah antara Brazil dan Argentina dalam peringkat suku yang berkesudahan Brazil menang 1-0. Dalam perlawanan itu, Maradona dibuang padang kerana menendang perut lawan. Satu lagi ialah perlawanan Separuh Akhir antara Perancis dan Jerman Barat yang berakhir dengan kekalahan Perancis melalui sepakan penalti walaupun mendahului 3-1 pada satu ketika sebelum Jerman menyamakan kedudukan hingga tamat 120 minit. Selepas tamat perlawanan itu, saya ke masjid untuk solat subuh. Di masjid orang masih cakap tentang perlawanan tersebut. Kenangan tu!

Piala Dunia 1994, saya langsung tidak menontonnya. Ketika itu saya sedang mengikuti kursus perguruan di MPKB. Kebetulan rumah yang saya sewa bersama 3 rakan yang lain tidak memiliki tv. Saya hanya tahu Brazil muncul juara setelah diberitahu oleh salah seorang rakan kami yang mengikuti perlawanan akhir.

Piala Dunia 2002 paling meriah. Jadual yang memang kena dengan waktu tempatan menyebabkan sesiapa saja tidak akan melepaskan peluang menontonnya. Kalau tengok bola diibaratkan seperti makan nasi, dah muntah pun. Kalau diibaratkan seperti menghisap rokok, seperti bersambung puting. Hanya pada tahun tersebut saya ada pasukan yang disokong iaitu Turki dan Senegal. Kedua-dua pasukan pula bertemu di peringkat suku akhir yang dimenangi oleh Turki. Saya sangat kecewa bila Turki kalah kepada Brazil di peringkat separuh akhir. Oleh kerana itu, saya sokong Jerman dalam perlawanan akhir. Tapi, Brazil juga yang menang.

Ketika Piala Dunia 2006, antara perkara yang tidak dilupakan ialah terpaksa menonton perlawanan akhir dalam bilik Hotel Dynasti, Pulau Langkawi kerana panggilan berkursus dua hari sebelumnya. Dalam bilik pula, hanya ada dua orang. Langsung tidak ada mood nak bersorak. Tapi yang paling menggemparkan ialah pada esoknya, peserta kursus dikhabarkan tentang kemalangan yang menimpa salah seorang dari kami dan ia berlaku dihadapan hotel tersebut. Allahyarham Ustaz Mahadir yang keluar minum bersama rakan-rakannya menjadi mangsa langgar lari pada jam 12 tangah malam dan menghembuskan nafas terakhir seminggu kemudiannya di HBAS. Bila terkenangkan Piala Dunia, sedikit sebanyak saya terkenangkan peristiwa tersebut.

Pada Piala Dunia 2010 ini adalah kali pertama saya menonton Piala Dunia melalui siaran ASTRO. Semua maklum, ASTRO menyiarkan semua perlawanan secara langsung berbanding RTM. Sebaliknya TV3, langsung tak ada. Agaknya terlalu banyak menipu, sampai nak siarkan bola pun takut orang tak percaya.

Ketika ini baru saja tamat perlawanan antara Jepun dan Cameroon. Jepun berjaya mengejutkan jaguh Afrika itu dengan jaringan 1-0. Macam tu baru best!

Ulasan

شاح اندرني berkata…
Salam.. Uncle, selamat menonton piala dunia ea? Uncle menonton kerana berhibur tapi Ana tak tengok langsung.. Hehe.. Tak minatlah.. Banyak kerja lagi nak buat daripada menonton.. Hehe.. Apa apa pun yang lhat piala dunia lihatlah jangan sampai subuh gajah cukup.. kalau perlawanan pukul 2 pagi ke bawah tu, buatlah qiam sekali ea?? Bangun kerana bola boleh tapi bagun qiam 'lentok' hehe.. Ana dua dua lentok tapi bolehlah kekadang.. Have fun..
Azridul berkata…
Terima kasih atas peringatan.

Itu yang rasa ralat sangat. Selama ni tak pernah berjaga utk qiam, tiba-tiba pasal bola boleh pula.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se