Langkau ke kandungan utama

Wahabi serang Malaysia

Imam Masjidil Haram, Dr. Syeikh Abdul Rahman as-Sudais kini berada di Malaysia. Selain berceramah beliau turut dijadualkan mengimami solat berjamaah di beberapa buah masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ini tentu tidak disenangi oleh kelompok-kelompok anti Wahabi di Malaysia. Maklumlah, Syeikh as-Sudais orang Mekah. Orang Mekah solat Subuh tak baca qunut. Orang Mekah tak berzikir kuat dan secara serentak selepas solat. Orang Mekah tak sambut Maulidur Rasul dan berarak keliling Mekah sambil berselawat kuat-kuat. Orang Mekah tak buat kenduri tahlil bila ada kematian. Orang Mekah tak baca talqin atas kubur. Orang Mekah pengikut Wahabi atau kata sesetengah ‘bijak pandai’ kelompok anti Wahabi, orang Mekah bermazhab Wahabi.

Secara sifirnya, Syeikh as-Sudais orang Mekah. Orang Mekah itu Wahabi. Maka Syeikh as-Sudais itu Wahabi. Sekarang wahabi itu ada di Malaysia dan jadi imam kepada orang Malaysia yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Imam Syafie.

Wahabi dah serang Malaysia!!! Bahaya!!! 

Ulasan

Pang5 berkata…
Malam ni, Tuan Syeikh akan mengimamkan solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Institut al-Qayyim(IQ), Pulau Pinang.

IQ pernah dilabel NGO Wahabi Malaysia kerana salah seorang penasihatnya ialah Dr. Asri(MAZA).
mnoor berkata…
Salam..

Apa yg sy dengar imam tersebut membaca ayat suci Al Quran dalam sembahyangnya.. sama macam saya sembahyang .. sama macam anda sembahyang.. sama macam semua umat islam di dunia sembahyang. apa yg nak dipertikai ttg wahabi laa wahaba laa.. dia juga mengadap khiblat macam tuan2.. tuan2 tahu ka dalam hati dia kenapa dia dtg ke sini.. tuan2 boleh menyelami hatinya ka apakah betul atau salah tindakannya.. hanya Allah sj yg tahu..sekali lagi sy ulang hanya ALLAH YG MAHA TAHU.. sekarang dia sudah balik ke Mekah.. masalahnya macamana tuan3 nak minta maaf kat dia .. yg dok kata kat dia macam2. lain kali fikir dulu sebelum berkata2.. biar apa pun fahaman.. biar apa saja idealogi .. agama tetap ISLAM.. fikir2 kan apakah selama ini kita yg terbaik dan sentiada melakukan yg terbaik ???
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum... rugi anda bergelar seorang ustaz... namun masih banyak ilmu yang kurang... kalau anda anggap Syeikh Sudais Wahabi dan sesat, jd x sahlah solat anda selama mengerjakan haji... bertaubatlah... dan tambah ilmu anda...

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se