Langkau ke kandungan utama

Kopiah Hitam

Saya hadir ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Petani. Selain pertandingan yang melibatkan jawatan YDP, tiada yang menarik. Sebaik mendaftar saya mendapat tahu perasminya ialah Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Saya pula ada masalah dengan orang ini. Sebagai tanda protes, saya meninggalkan dewan dan lepak di kedai makan sehingga selesai majlis perasmian.

Selepas majlis perasmian ada jamuan. Sempat mata melilau mencari teman-teman lama yang pernah bersama mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda PAS Sungai Petani sesi 2001/2003 dan 2003/2005. Ada di antara mereka kini berada di saf kepimpinan kawasan.

Ada sesuatu yang menarik perhatian saya tatkala mata tertancap kepada salah seorang daripada mereka. Sambil tersenyum hati berdetik, “amboi, dah berkopiah hitam rupanya.” Satu ketika dulu sahabat ini sangat anti dengan kopiah hitam dan si pemakainya. Demikian ekstrim sahabat saya ini hingga mengaitkan kopiah hitam dengan UMNO. Tapi itu dulu. Sekarang dah lain. Sekarang dah pegang kerajaan. Kena ubah stail, ubah gaya, ubah penampilan. Kata-kata dulu kena telan.

Tapi itu bukan satu kesalahan. Saya pun tak pernah kata ia salah walaupun saya pernah dicop ‘UMNO’ kerana memakai kopiah hitam. Cuma salahnya ialah sikap terburu-buru mengeluarkan hukum. Mujur juga saya tak tegur dan mengingatkan sikapnya dulu, takut kalau dia keluar meninggalkan dewan kerana malu yang teramat sangat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se