Langkau ke kandungan utama

Sayang kereta

Tiada siapa dapat menafikan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan. Islam begitu menitik beratkan persoalan kebersihan baik kebersihan luaran mahupun kebersihan atau kesucian dalaman. Islam juga mementingkan kebersihan meliputi kebersihan tubuh badan, pakaian, persekitaran dan sebagainya. Sehinggakan kitab-kitab fekah sering menjadikan bab taharah mendahului bab-bab lain. Malah orang bukan Islam juga mengakui keutamaan menjaga kebersihan di sisi Islam. Cuma kadangkala mereka menjadi keliru antara tuntutan Islam mengenai kebersihan dengan perlakuan umatnya. Namun Islam juga tetap dengan sifatnya yang bersederhana dalam semua hal termasuk dalam urusan menjaga kebersihan. Misalnya, bersederhana dalam penggunaan material seperti air.

Islam juga melarang bersikap keterlaluan hingga mengabaikan perkara yang fardu seperti solat. Berpada-padalah. Azan maghrib dah dilaungkan, tapi masih asyik mengilat kereta. Paling tidak berilah sedikit hormat kepada azan yang sedang berkemundang serta orang yang lalu lalang di hadapan rumah dengan pakaian yang menunjukkan mereka dalam perjalanan ke surau atau masjid. Atau paling-paling tidak pun, perasaan malu itu. Dah hilang kah? Sudahlah begitu asyik membelek kereta, azan tidak dipedulikan, bersahaja pula menegur dan melempar senyuman. Amboi!

Bukan niat menjaga tepi kain orang. Jauh sekali berasa dengki dan iri hati melihat kereta rakan-rakan yang berkilat-kilat. Sebaliknya timbul rasa kagum yang teramat sangat melihat kesungguhan mereka menjaga dan menyayangi kereta seperti menjaga diri sendiri. Tapi sensitiviti keimanan itu menerbitkan rasa tidak puas hati melihat jiran-jiran yang tidak peka dengan tuntutan sebenarnya waktu itu. Bagaimana mereka sanggup membesarkan kereta mereka yang besar itu sedangkan pada masa yang sama bilal menyeru kepada KEBESARAN ALLAH. Dan tiada langsung perasaan segan dan malu pada jiran-jiran lain yang bergegas menyahut seruan tersebut.

Astaghfirullah. Tertunaikah kewajipan amar ma'ruf dan nahi munkar sekadar luahan di ruangan yang sangat terhad ini. Bimbang pula sesama jiran nanti bermasam muka. "Kalau tak mampu, cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...