Langkau ke kandungan utama

Pembangkang yang menyokong

Sehari dua ini orang bercakap tentang ADUN Kuala Nerang nak masuk PAS. Kalau wakil rakyat PR keluar parti, mereka dilabel sebagai katak oleh penyokong-penyokong PR. Kalau dari BN masuk PAS atau PR, nak kata apa pula?

Sebenarnya tak perlulah diletakkan label 'lompat', 'katak' atau apa-apa yang nampak negatif. Mungkin mereka ada pendirian sendiri atau rasa tak puas hati kat mana-mana. Sama ada mereka benar atau salah, terserah pada penilaian Allah. "Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya."(Maksud ayat ke-25 dari surah as-Sajdah)

Berbalik kepada YB Kuala Nerang. Soalnya dia nak letak jawatan dulu, atau nak masuk dengan jawatan ADUNnya? Rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mahukan wakil rakyat yang berpindah parti mestilah letak jawatan dulu. Ini kerana masa dia menang dulu atas tiket dan sokongan UMNO dan BN. Dan inilah pendirian PR sekarang berdasarkan senario 'lompat parti' yang berlaku dalam PR khususnya PKR.

Jadi YB Kuala Nerang kena fikirkan hal ini sama. Kalau tak sanggup letak jawatan, tunggulah dulu dalam UMNO. Tapi perlahan-lahan dan diam-diam bagi sokongan kat Kerajaan Negeri. Kalau macam tu, boleh kut? Takkan pula asal nama pembangkang, semua perkara nak dibangkang seperti yang berlaku sekarang ini.

YB Kuala Nerang boleh tetap sebagai ADUN BN dan duduk di kerusi pembangkang sambil menjadi penyokong kepada Kerajaan Negeri. Kalau macam ni, lagi pening kepala Datuk Shafie Apdal. Kapal mana dia nak duduk ni???

Ini cuma pandangan kedai kopi saja. Terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang berkenaan. Kita pun tak tahu lagi sama ada perkara itu akan berlaku atau sebaliknya. Kalau dia jadi masuk, alhamdulillah. Bertambah seorang lagi ahli PAS. Ada kedudukan pula tu. Soal perangai dia macam mana, itu boleh ditarbiah. Orang macam Ikrimah bin Abu Jahal pun boleh jadi baik inikan pula yang dilahirkan sebagai orang Islam.

Tapi kalau dia tak jadi masuk pun, apa yang nak dikesalkan. YAB Menteri Besar pun dah beri jaminan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat masih utuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se