Langkau ke kandungan utama

Calon tepi jalan

Kata orang tua-tua, "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga", "ukur baju di badan sendiri". Maknanya kalau nak buat sesuatu, tengok-tengoklah kemampuan yang ada. Jangan terlalu bergantung kepada nafsu besar pada mengejar cita-cita. Kalau tidak, akan berlakulah seperti mana yang sedang berlaku ke atas parti yang bercita-cita besar, PKR.

Menjelang pilihanraya 2008, DS Anwar bukan main beria-ria mahukan kerusi lebih. Hinggakan kerusi di Kelantan pun mahu ditagihnya. Alasannya, kerusi yang mereka minta ialah kerusi yang dimenangi BN dalam PRU 2004. Maka tak salah kalau PKR ambil kerusi tersebut, katanya. Mujur kebijaksanaan TG Nik Aziz dapat menyelamatkan kerusi PAS dari jatuh ke tangan PKR. Mungkin ada yang akan berkata, kalau pun kerusi PKR, ia juga milik Pakatan Rakyat. Ya, kalau ia berdasarkan situasi sebaik berakhirnya PRU 2008.

Namun selepas dua tahun, apa pula yang berlaku?

Beberapa kerusi yang dimenangi PKR dalam PRU yang lalu dan kemudian menjadi hak milik bersama Pakatan Rakyat sudah pun bertukar tangan. Bermula di Perak, berjangkit ke Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan yang terbaru Parlimen Wangsa Maju.

Semuanya kerana tidak mengukur baju terlebih dahulu. Terlalu meyakini kekuatan sendiri sedang hakikatnya kosong. Mengejar impian untuk melihat parti yang dipimpin mendominasi pakatan dan kalau ada rezeki boleh jadi PM.

Setelah agihan kerusi berjalan lancar, masalah timbul untuk meletakkan calon. Amat malang bila calon yang diamanahkan adalah mereka yang dijumpai di tepi-tepi jalan. Tiada karisma pemimpin, belum teruji, kurang pengalaman, tiada kelayakan pendidikan dan ada pula yang baru sehari dua menyertai parti. Tidak hairanlah, ada yang menarik diri sehari sebelum penamaan calon berlangsung.

Apa pula yang akan berlaku selepas ini? Menjelang PRU akan datang, berapa banyak lagi kerusi PR akan terlepas ke tangan pihak lain? Atau sanggupkah pimpinan PKR memberi jaminan bahawa tiada lagi perbuatan keluar parti oleh MP dan ADUN mereka. Sedangkan kalau nak kira, berapa kerat wakil-wakil mereka yang boleh dipercayai.

Semoga ini menjadi panduan pada masa akan datang. Berhati-hatilah meletakkan calon yang akan bertanding. Kalau tak mampu, serahkan saja kerusi tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Dalam PAS saja, ada ribuan ahli yang siap ditarbiah, tahan dengan ujian, beramanah(integriti-kata orang sekarang), dan takutkan ALLAH. Bukan macam depa tu!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah