Langkau ke kandungan utama

Tengok juga walau tak habis

Menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak tempatan perlulah terlebih dahulu memilih salah satu dari dua pasukan yang sedang bermain itu untuk disokong. Seterusnya mengharapkan pasukan yang kita sokong memenangi perlawanan tersebut. Kedua, kena ada jaringan yang banyak sama ada jaringan itu dari salah satu pasukan atau kedua-dua pasukan saling menjaringkan gol.

Dengan kedua-dua perkara di atas barulah ada sedikit nikmat menonton perlawanan bola sepak tempatan. Kalau nak harapkan hiburan dari skil permainan yang ditunjukkan, jangan mimpilah! Hantaran yang tak sampai kepada rakan sepasukan, larian yang tersangkut-sangkut, cubaan ke arah gol yang tersasar walaupun berada beberapa sentimeter di hadapan gol, itukah yang dinamakan skil?

Baru tadi tamatnya siaran langsung perlawanan antara Perlis dan Kelantan. Saya pilih pasukan Kelantan. Tunggu punya tunggu, satu gol pun tak masuk. Seminit sebelum perlawanan tamat, seorang pemain Kelantan dapat peluang di hadapan pintu gol yang sudah ternganga tapi dia merembat keluar. Skil apa yang dia nak guna pun tak tahulah.

Bukanlah sengaja nak jatuhkan martabat bola sepak negara, tapi cuba saksikan perlawanan dalam EPL, Serie A atau La Liga dan kemudian lihat Liga Super, tidakkah seperti melihat budak-budak sekolah bermain bola sepak? He.. he..

Kata kawan-kawan yang ada Astro, "kami tak layan langsung Liga Super."

Dengan nada marah saya katakan pada mereka, "hangpa tak patut buat macam tu. Kita kena sokong bola sepak tempatan."

Mereka tanya saya pula, "hang tengok ka?"

Dengan bersemangat saya pun berkata, "tengoklah juga, sikit-sikit."

"Piiiiiirahhh! Hang pun sama."

Mana sama. Sekurang-kurangnya saya tengok juga, walaupun tak tunggu sampai habis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah