Langkau ke kandungan utama

Iktikaf dan solat malam

Kata nak berqiamullail selepas terawih. Tapi dah buat solat witir. Dari tuan imam, pengerusi surau dan para jamaah dah pun bersolat witir. Kalau ikut apa yang Baginda Rasulullah sabdakan witir itu penutup bagi solat sunat dan hanya satu witir sahaja untuk satu malam. Bukan macam sesetengah ustaz kata yang witir boleh tutup dan buka semula. Mungkin itu sebabnya mereka ini tak kisah solat witir awal-awal, nanti boleh buka semula kut? Aduh, manusia sekarang bukan setakat kereta, motor, mesin yang nak di'modify', ibadah pun nak 'modify' juga. Sepatutnya tuan imam boleh umumkan penangguhan solat witir manakala bagi yang tidak berhajat untuk mengikuti qiamullaill bolehlah meneruskan solat witir sama ada di masjid atau di rumah masing-masing.

Seperkara lagi dalam bab qiamullail, Nabi tak pernah pula adakan majlis solat malam secara berjamaah. Memang Nabi mengutamakan iktikaf di masjid dan solat malam terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan dan menganjurkan para sahabat Baginda berbuat demikian, tapi Nabi tak buat macam kita buat. Solat berjamaah, zikir dan bertasbih ramai-ramai dengan suara yang kuat disertai doa yang diselangi tangisan yang menghibakan bukanlah cara Nabi.

Datanglah beriktikaf di masjid beramai-ramai. Bersolatlah dan berzikirlah sendirian dengan suara yang perlahan agar tidak mengganggu saudara kita yang lain yang sedang beriktikaf sama. Kemudian berdoalah dan pohonlah apa saja yang kita hajati. Hanya kita saja yang tahu hajat sendiri. Orang lain tak tahu. Tuan imam pun tak tahu. Jadi untuk apa kita biarkan orang lain berdoa untuk kita.

Menjelang waktu sahur atau badan berasa letih atau rasa dah cukup solat malam itu, akhirilah dengan solat witir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...