Langkau ke kandungan utama

Suatu hari di hari raya

Hari Ahad 1 Syawal, 1430 Hijrah bersamaan 20 September 2009.

5.30 am: Bangun tidur langsung ke bilik air. Rutin bangun pagi sepanjang Ramadan diteruskan pada pagi Syawal. Mandi sunat 'Idul Fitri dan berwuduk. Selesai mandi, masih sempat lagi untuk solat sunat witir. Satu lagi rutin Ramadan yang jangan ditinggalkan mengejut.

5.52 am: Azan subuh. Solat sunat qabliyyah subuh di rumah mengikut sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Selesai solat langsung ke surau al-Muhtadin. Tiba di surau, hati berasa sayu teringatkan kenangan manis sepanjang Ramadan. Solat subuh berjamaah berimamkan Tn. Hj. Abu Bakar, Penasihat Surau al-Muhtadin. Selesai solat diajaknya kami bertakbir raya sampai jam tujuh pagi.

7.30 am: Bersarapan di rumah.

8.00 am: Bawa isteri dan anak-anak ke rumah ayahanda dan bonda.

8.30 am: Bergerak ke surau al-Muhtadin untuk solat sunat 'Idul Fitri.

8.45 am : Solat sunat 'Idul Fitri bermula diikuti khutbah. Tahun ini kena giliran membaca khutbah. Antara lain khutbah menyentuh tentang hakikat kebahagiaan dan keselesaan yang hakiki bukan terletak kepada banyaknya wang atau harta. Wang dan harta tidak boleh membeli kesedapan pada makanan, kesihatan pada tubuh badan dan nyenyak ketika tidur. Namun begitu Islam tidak memusuhi harta cuma cara harta diperolehi dan dikendali mesti mengikut acuan yang ditetapkan syariat. Turut menyentuh tentang jiwa merdeka yang meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah Jalla wa 'Ala.

9.30 am: Jamuan di surau. Selesai jamuan pulang ke rumah. Kira-kira setengah jam kemudian bergerak keluar dari rumah untuk pulang ke kampung isteri sambil singgah di rumah ayah bonda sekali lagi, rumah saudara mara dan kawan-kawan. Kalau dah singgah, lama jugalah.


Menikmati jamuan selepas solat di surau


bersama peminat cilik (peminat? he.. he..)

12.40
pm: Mula masuk lebuhraya melalui tol Sungai Petani utara menuju ke kampung ibu mertua di Bandar Baharu. Perjalanan biasa mengambil masa satu jam empat puluh lima minit. Tapi perjalanan hari ini agak perlahan terkesan dari kemalangan ngeri yang berlaku di Gurun dua hari sebelum raya. Ahh.. mata pula melekat-lekat. Singgah sekejap di perhentian sebelah Tikam Batu. Terpandang kepada petugas-petugas lebuhraya, hati berasa sayu. Selalunya kita mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, doktor dan jururawat tapi jarang kita merujuk pengorbanan insan-insan ini yang bertugas memastikan keselesaan pengguna-pengguna lebuhraya walaupun pada hari raya.

(Atas) Azrina berlatar belakangkan sawah. (Bawah) Anak-anak dara kak Mah.

3.00 pm: Lebih kuranglah. Baru sampai di kampung. Singgah di masjid untuk solat zuhur dan sempat tidur juga. Tak banyak aktiviti di kampung. Cuma lepak-lepak dan sembang-sembang di rumah.


bila adik beradik berkumpul macam-macam cerita ada


Azri 'possing' sempoi

8.30 pm: Bawa mak ke rumah kakak. Makan malam di situ. Ada menu sayur sawi berkuah air. Memang menyelerakan memandangkan sehari suntuk asyik jumpa rendang. Kalau tak rendang ayam, mesti rendang daging.


Asyraf dan Anwar seronok bermain bunga api di rumah Mak Lang mereka.

9.30 pm: Bergerak pulang. Memang tak bercadang tidur di kampung. Atas lebuh raya mengekalkan kelajuan yang sama seperti siang tadi.

11.15 pm: Sampai lah di rumah.

Kira-kira jam 12 pm, masuk tidur tanpa perancangan untuk esoknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed