Langkau ke kandungan utama

Kalau sudah kehendakNYA

Sejak Pilihanraya Umum Ke-12(PRU-12) dan rentetan pilihanraya kecil(PRK) yang menyusul, PRK bukanlah sesuatu yang digemari oleh UMNO&BN. Dengar kalimah pilihanraya saja cukup membuatkan setiap pemimpin sampai ahli paling bawah menggeletar seluruh badan. Sedaya upaya mereka akan cuba menggagalkan sebarang cubaan mengosongkan kerusi walaupun terpaksa membelakangkan peraturan atau undang-undang. Maka dipergunakanlah kepakaran sahabat baik mereka, siapa lagi kalau bukan SPR, mentafsir undang-undang dan peraturan sesuka hati. Asalkan pilihanraya tidak diadakan, SPR siap ikut telunjuk(jadi 'pencacai') boss besar mereka. Lalu berlakulah seperti yang berlaku di Perak yang melibatkan tiga ADUN yang melompat parti dan terbaru di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Namun kehendak Allah pasti berlaku. Siapa pun tiada kuasa menghalangiNYA. Takdir Allah menjemput pulang ke rahmatullah ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Nor. Terlebih dahulu takziah kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan para penyokong Allahyarham di atas kehilangannya. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu. Semoga Allahyarham ditempat bersama orang-orang yang beriman lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Amin.

Pilihanraya kecil tidak boleh dielakkan lagi. Kecuali SPR menggunakan peruntukan yang entah dari mana datangnya kalau mereka berhajat menggagalkan pilihanraya ini dari berlangsung. Jangan hairan kerana SPR berkuasa melakukan apa saja. Untuk mengetahui sama ada PRK Bagan Pinang akan berlaku atau tidak terpaksalah menunggu keputusan mesyuarat SPR terlebih dahulu. He.. he.. Buat sementara ini, jangan fikirkan lagi. Tumpukan kepada usaha menambah amalan di bulan Ramadan.

Tapi yakinlah kalau sudah kehendakNYA, tiada siapa yang boleh menghalang. Ketika Firaun mendengar ramalan ahli nujumnya bahawa akan lahir seorang dari kalangan Bani Israel yang akan menghancurkan kerajaannya, dia telah memerintahkan semua bayi lelaki dibunuh. Sebaliknya takdir Allah mengkehendaki Musa dilahirkan dan diselamatkan. Bahkan Musa selamat dan besarlah Baginda di istana Firaun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed