Langkau ke kandungan utama

Pemuda UMNO Kedah bawa cerita baru

Selepas kecewa dengan laporan yang dibuat mengenai kisah derhaka seorang EXCO Kedah, kononnya, Pemuda UMNO Kedah tampil dengan satu cerita baru. Kali ini kisah perkahwinan salah seorang Pegawai Khas MB dengan wanita yang masih berstatus isteri orang. Kalau cerita derhaka dikutip dari surat layang, cerita ini pula diambil dari sumber yang turut diragui seperti yang diakui sendiri oleh Naib Ketuanya. Baca di sini. Walaupun meragukan dia masih juga mahu MB menyiasat kebenaran berita yang diperolehinya melalui satu laman blog kerana menurutnya ia akan menjejaskan imej kerajaan PAS Kedah.

Kita memang suka sangatlah kalau MB dapat menyiasat cerita itu dan memastikan sama ada ia benar atau fitnah. Kita juga nak berterima kasih di atas keperihatinan saudara dari UMNO ni. Mana nak cari orang UMNO yang mengambil berat menjaga imej PAS. Biasanya orang-orang UMNO suka tengok parti lawannya jahanam dan lingkup. Samalah dengan perangai orang-orang PAS pun.

Tapi yang kita tak berapa suka ialah fe'el orang kita yang suka sangat percaya dan mudah menerima khabar-khabar yang meragukan. Baik cerita-cerita politik, cerita dalam masyarakat, cerita ahli keluarga sendiri malah hal-hal yang melibatkan agama.

Berapa ramai di kalangan orang-orang kita yang beramal dengan amalan-amalan yang tidak bersandarkan nas, atau berpandukan hadis yang tidak ada asal, dhaif(lemah) dan maudhuk(palsu), atau berpegang dengan pendapat-pendapat yang lemah. Dan apabila ditegur, yang ragu itu juga jadi kesukaan dengan berbagai alasan dan hujah tak berasas. Tentang orang-orang seperti ini, Allah berbicara dengan mereka dalam ayat 28 Surah An-Najm yang bermaksud, "Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu kebenaran."

Berbalik kepada cerita di atas, sepatutnya Pemuda UMNO Kedah pastikan dulu kesahihan cerita yang mahu dibawa. Masih tak serik lagikah dengan cerita EXCO derhaka dulu? Mana perginya laporan itu? Kalau dah suka sangat kepada cerita-cerita yang meragukan, ada baiknya mereka mencadangkan supaya pimpinan BN menyiasat cerita panas hubungan Pengerusi mereka dengan mendiang dari Mongolia. Siapa nama dia?

Cerita ni bukan saja ditulis dalam blog. Dalam media asing pun ada. Siasat jangan tak siasat.

Ulasan

Man Kati berkata…
Petikan dari Sinar Harian,

"Kita merasakan ia bukan sahaja menyalahi hukum syarak dan undang-undang jenayah syariah yang secara tidak langsung membabitkan imej, maruah serta nama baik kerajaan negeri pimpinan Pas.

“Perkara ini tidak patut berlaku, kerana pimpinan Pas memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam sebagai landasan politiknya, dan sekiranya benar berlaku, Menteri besar perlu bertanggungjawab."
Pemuda Salafi berkata…
Nama pun pemuda Umno... bukan cerdik pun.. padan la ustaz Azizan kata bpemuda Umno ni budak2 baru lepas lah susu mak tak reti apa lagi. tak yah layan lah depa ni...

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se