Langkau ke kandungan utama

Pengajaran Buat Media

Ia berlaku di luar dugaan. Siapa pun tidak akan menyangka akan belaku begini. Satu keputusan yang sangat bersejarah. Rakyat yang mencipta sejarah itu. Majoriti 2/3 BN dinafikan dalam satu suasana pilihanraya yang dilihat cukup memihak kepada BN sendiri. Sejak Parlimen dibubarkan malah beberapa minggu sebelumnya sehinggalah pada malam sebelum pilihanraya berlangsung, seluruh jentera kempen pilihanraya BN termasuk pendokong-pendokong setianya yang terdiri daripada SPR, PDRM, Jabatan Penerangan, media-media cetak dan elektronik serta yang tidak dapat disebutkan di sini kerana ruang yang terhad bertungkus lumus untuk memastikan lawan BN tersungkur. Angan-angan besar BN untuk menawan Kelantan turut disuarakan oleh pelakon-pelakon segera dalam iklan yang memualkan. Bayangkan seorang bakal MB begitu berani menonjolkan hasratnya sedangkan beliau bakal berhadapan dengan seorang 'hardcore' dalam PAS dan di kawasan yang sangat sukar buat BN. Bagaimana beliau begitu berani meramal kejayaan yang bakal diraihnya. Tidak lain kerana keyakinan terhadap jentera kempen seperti yang dinyatakan di atas. Namun yang pasti, kempen itulah yang menjahanamkannya dan rakan-rakannya yang lain. Bukan sahaja di Kelantan tapi di seluruh negara menyaksikan kebangkitan pakatan pembangkang yang disifatkan rapuh, bercelaru, kucar kacir dan sebagainya. Ini diakui oleh Prof. Dr. Agus Yusof dari UKM yang dijemput untuk menganlisa keputusan pilihanraya pada malam ia diumumkan. Beliau meletakkan antara lain punca kekalahan BN kerana keterlaluan media menonjolkan kelebihan BN dan memburukkan pembangkang. Turut menyatakan hal yang sama ialah Azmin Ali, Naib Presiden PKR dalam akhbar kelmarin. Paling buruk apabila menteri yang bertanggungjawab ke atas media kalah dengan majoriti 9000 kepada lawannya di parlimen Sg. Petani. Saya berbangga apabila menjadi salah seorang yang pengundi yang menjatuhkannya.

Apa yang lebih membanggakan saya ialah kerana saranan saya dalam blog yang tidak seberapa ini disahut oleh pengundi yang saya percaya mempunyai pendirian yang sama dengan saya. Rimas, meluat dan memualkan dengan laporan yang dimuatkan menambah azam untuk memberi pengajaran kepada BN dan khusus kepada Datuk Zainuddin Maidin tentang erti demokrasi dan keadilan. Saya bukan penentang kerajaan secara total. Namun kemarahan saya terhadap kezaliman media tidak mampu dibendung. Mengambil kesempatan dari pembubaran parlimen dengan kerajaan yang ada bersifat sementara maka saya luahkan kemarahan dan tentangan saya kepada BN dan bukan kepada kerajaan. Ini juga perlu difahami oleh sesetengah pihak khususnya para majikan yang melarang orang bawahannya terlibat dalam 'aktiviti anti kerajaan' semasa tempoh berkempen.

Persoalannya sekarang, adakah BN bersedia mengakui kesilapan mereka dalam menangani pihak media selama ini. Atau mereka masih berhasrat untuk meneruskan kerja-kerja kotor mereka untuk tempoh lima tahun akan datang. Terserah saja kepada mereka kerana kuasa masih di tangan mereka. Berita Harian baru saja melaporkan berita palsu tentang penutupan sebuah tadika milik Kemas. Media Prima melalui stesen tv milik mereka seperti TV3, TV9. 8TV dan NTV7 turut menyiarkan berita yang sama sedang dalam masa yang sama BERNAMA melaporkan kenyataan YAB Menteri Besar Kedah mengarahkan TADIKA KEMAS beroperasi seperti biasa.

Tidak mustahil selepas lima tahun ini kuasa kerajaan pusat pula akan beralih tangan kerana berpunca dari kejahatan media milik kerajaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se