Langkau ke kandungan utama

TV3 yang bodoh.

TV3 sekali lagi tampil menunjukkan kebodohannya. Kali ini dengan mengulas kenyataan Dato' Seri Abul Hadi Awang tentang hukum mengumpat. Bagi yang mengerti tentang hukum hakam ia bukanlah satu isu sebenarnya. Sememangnya bab mengumpat atau 'ghibah' yang diharuskan ada dibicarakan oleh al-Imam an-Nawawi dalam kitab tersohornya, 'Riyadhus Solihin' pada bab yang ke-256. Jadi, apa yang nak dihairankan. Namun kerana kurangnya maklumat dan pemerhatian ke atas ilmu-ilmu Islam dan sumber-sumbernya, TV3 dengan bangganya telah menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka memang bodoh. Lagi pun, bukankah TV3 dan sekutunya dari RTM dan media massa yang lain juga selama ini menjadi juara mengumpat khususnya kepada musuh-musuh politik taukeh mereka.

Sepatutnya kenyataan Presiden PAS boleh dijadikan panduan untuk mengkategorikan jenis-jenis umpatan yang pernah mereka lemparkan. Untung-untung ada juga yang harusnya, maka teruskan jika dirasakan ia dapat menyelamatkan negara dari kerosakan. Kalau dah jatuh haram pula, tinggalkan sajalah. Selain itu, cubalah bezakan antara mengumpat dan fitnah. Mengumpat ada ketikanya harus dan ada ketikanya haram. Tapi, fitnah selamanya haram dan berdosa besar dan tidak terampun selagi tidak tidak diampunkan oleh mangsa fitnah. Baik mengumpat atau fitnah kedua-duanya sinonim dengan TV3.

Walau apapun diperkatakan, TV3 adalah TV3. Bersikap bodoh untuk memperbodohkan orang lain. Berbuih mulut pun, keadaan sukar berubah. Pengajaran terbaik buat mereka ialah undi untuk perubahan. Peluang sudah ada di depan mata. Perubahan ini penting untuk kesejahteraan akal kita. Sanggupkah lagi kita diperbodohkan setelah sekian lama diperlakukan sedemikian. Sementara itu ............ kalau perlu boikot, boikotlah!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...