Langkau ke kandungan utama

Jangan tinggalkan doa.

Termasuk kekeliruan manusia yang paling besar adalah meninggalkan berdoa dan menjauhinya. Demikian itu disebabkan oleh beberapa hal.

Sebagian orang beranggapan bahwa tidak berdoa lebih baik daripada berdoa. Jelas anggapan ini bertentangan dengan dalil-dalil dari Al-Quran maupun hadis-hadis.

Imam Hafiz Ibnu Hajar berkata bahwa Qusyairy meriwayatkan dalam kitab Ar-Risalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah berdoa, mana yang lebih baik berdoa atau diam tidak berdoa dan rela menerima ketentuan takdir. Sebahagian ulama bependapat bahawa lebih baik berdoa sebab dalil-dalil tentang doa banyak sekali dan berdoa sebagai bukti sikap rendah diri dan rasa memerlukan.

Sebahagian yang lainnya berpendapat bahawa diam dan rela menerima kehendak takdir lebih baik daripada berdoa sebagai bukti penyerahan dan kerelaan penuh dalam menerima pemberian dan kurnia Allah.

Orang yang berdoa tidak tahu apa yang telah diputuskan untuknya jika Allah telah mentakdirkan apa yang sedang diminta bererti memohon sesuatu yang sudah diberikan, dan apabila Allah tidak mentakdirkan apa yang diminta bererti melawan kehendakNYA.

Jawapan dari masalah tersebut sebagai berikut.:

Doa merupakan ibadah yang menjadi bukti ketundukkan dan kelemahan kita dihadapan Allah.

Jika seseorang itu berkeyakinan bahawa tidak akan terjadi kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan, bukan berarti berdoa adalah tindakan melawan takdir akan tetapi untuk memperlihatkan rasa ketundukan kepada Allah. Kerana berdoa memiliki beberapa keutamaan ; antara lain mendapatkan pahala dari Allah atau untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi kecuali harus berdoa, kerana Allah menjadikan setiap sesuatu dengan sebab-sebabnya. [Fathul Bari 11/98]

Alasan-alasan oleh pihak yang menolak keutamaan berdoa.

[1]. Hadis yang berbunyi.
Ertinya : “Barangsiapa yang sibuk berzikir kepadaKu sehingga lupa berdoa, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang yang berdoa.” [Hadits ini daif.  Didaifkan oleh Ibnu Hajar, Fathul Bari 11/138]

[2]. Ucapan : “Mengkaji sifat-sifatKu cukup bagi hambaKu dari pada meminta kepadaKu.” Ucapan ini tidak benar bila disandarkan kepada Nabi Ibrahim bahkan ucapan tersebut batil. Sebab Allah tetap memerintahkan kita untuk berdoa, padahal Dia lebih tahu tentang sifat dan keadaan makhlukNya. [Al-Fawaid Al-Muntaqa hal.39]

Syaitan mendatangi seseorang lalu membisikkan supaya hamba itu meninggalkan berdoa, dan syaitan berkata: Wahai manusia, kamu adalah hamba yang banyak berbuat dosa dan ahli maksiat, bagaimana kamu berdoa kepada Allah sementara kamu sering meninggalkan perintahNya, lalu orang tersebut tergoda dan berhenti berdoa. Imam Hafiz Ibnu Hajar meriwayatkan ucapan dari Ibnu Uyainah: “Janganlah kalian berhenti berdoa tatkala merasa berdosa sebab Allah telah mengabulkan doa hambaNya yang paling jahat yaitu Iblis tatkala berdoa. (Artinya) Ya Allah beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.” [Al-A’raaf : 14] [Fathul Bari 11/144-145]

Betapa ramainya dari kalangan manusia tidak mengerti keutamaan dan kemuliaan berdoa. Al-Mubarak Furi berkata: “Ketahuilah bahawa berdoa dan memohon kepada Allah adalah ibadah yang paling utama dan mulia, Allah memerintahkan kepada hambaNya dan Allah menjamin akan mengkabulkan doa tersebut. [Mara atul Mafatih 7/339]

Imam Syafii berkata dalam syairnya,
Apakah kamu melecehkan dan meremehkan doa;
Kamu tidak tahu rahsia yang terkandung dalam berdoa;
Panah di malam hari tidak mampu ditelusuri;
Namun semua pasti mempunyai batas akhir.

:: Dari buku Jahalatun Nas Fid Doa(جهالة الناس فى الدعاء) edisi Indonesia Kesalahan Dalam Berdoa hal. 33-36 Darul Haq

Ulasan

Tak tau pentingnya berdoa.

Tak tau berdoa.

Bergantung kepada orang lain untuk berdoa.

Cuma tau mengaminkan doa yang dibaca orang lain walaupun tak faham apa yang diaminkan.

Si pembaca doa membaca doa yang dihafal semata-mata. Dia sendiri pun tak faham apa yang dibaca.

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah