Langkau ke kandungan utama

29 Mei yang bersejarah

Dammm! Dammmm! Dammmmm!!!

Bunyi letupan yang bertalu-talu memecah keheningan Selat Bosphorus. Bersilih ganti. Seketika bedilan datangnya dari sebelah Eropah atau lebih tepat dari kubu Rumeli Hisari. Ia kemudian diikuti pula dengan bedilan yang datangnya dari benteng Anadolu Hisari dari sebelah Asia. Kedua-dua tebing telah dikawal rapi sekaligus menyukarkan pergerakan musuh memasuki laluan tersempit di Selat Bosphorus.

Anak kapal musuh ketakutan. Layar patah dan hangus. Dindingnya pecah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Sekali lagi tentera di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menyekat bantuan untuk Kerajaan Bizantin yang sedang dikepung. Tentera musuh tiada pilhan selain berebut-rebut menaiki sampan kecil bagi menyelamatkan diri. Bagi yang tidak sempat terpaksalah mengambil risiko terjun untuk cuba berenang ke tebing meskipun jerung dan yu sedang siap menunggu sajian. 

Dammm! Bedilan terakhir yang menenggelamkan kapal musuh ke dasar selat. Tentera muslim bertakbir dan berpelukan sesama. Sultan Muhammad yang baru berusia awal 20-an lantas sujud mensyukuri kejayaan itu. Alangkah gembiranya.



Namun ia belum berakhir. Baginda bingkas mengingatkan tenteranya tentang misi yang belum selesai. "Matlamat kita masih jauh. Kita mesti buka Kota Kostantinople dengan kemenangan atau kita kembali menghadap Allah sebagai syahid. Sesungguhnya aku malu dengan sahabat Rasulullah yang bernama Abu Ayyub al Ansari radhiallahu 'anhu yang jasad syahidnya bersemadi di pinggir kota itu menanti kedatangan kita" 

Lalu disambut dengan laungan takbir. 

Lalu tibalah hari itu. Janji Allah adalah benar. Janji Rasul adalah benar. Rasul tidak akan pernah bersuara melainkan dibimbing dengan wahyu dari Yang Maha Mengetahui. Pada 29 Mei 1453 Masehi, Sultan muda dari kerajaan Uthmaniyah ini merealisaikan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, "Sesungguh Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Janji Rasul sallallahu 'alaihi wasallam bukan sahaja pada kenyataan bahawa Kostantinople akan dibuka. Bahkan Sultan Muhammad diakui sebagai Sultan yang berperibadi mulia. Baginda dikatakan tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak usianya mencapai baligh. Selain itu diberitakan juga ketika Baginda mengarahkan tenteranya yang pernah meninggalkan solat berjamaah supaya duduk, tidak ada seorang pun tenteranya yang duduk. 

Demikianlah secebis kisah gemilang generasi muslimin terdahulu yang bercita-cita tinggi dengan berpandukan keyakinan terhadap hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. 

Di hadapan sana ada lagi janji Rasul yang belum tertunai. Dengan nada yang hampir sama Rasulullah menjanjikan kejatuhan Rom yang kini menjadi nadi pergerakan Kristian sedunia. Giliran siapa pula yang bakal memperolehi kegemilangan ini. Melihat kepada ciri-ciri jundullah yang dimiliki tentera Sultan Muhammad, rasanya tidak termasuk dalam senarai. Solat berjamaah tidak pernah cukup lima kali dalam sehari. 

Tapi janji tetap janji. Bukan sebarang janji. Ini janji Nabi. Wahyu dari Ilahi. Allahu Akbar!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se