Langkau ke kandungan utama

Ada perhimpunankah?

Terkini di Utusan Malaysia Online melaporkan, keadaan di hadapan rumah Dr. Zambry tenang. Tiada tanda-tanda akan orang ramai akan berkumpul.

Siapa pula yang nak berkumpul di depan rumah dia. Penyokong dia?? 

Dia ada penyokongkah???

Kata Dr. Zambry, "saya menyeru semua penyokong-penyokong BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang."

Penyokong BN entahlah. Tapi kalau rakyat Perak, sudah cukup berasa tenang dan lega.

Tuan Guru Nik Aziz pula mengingatkan supaya penyokong-penyokong PR tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh melukakan hati lawan. Tabik Tuan Guru! Masih dengan tawaduknya. Contoh terbaik buat kita yang berjuang untuk menegakkan Islam yang adil. Kemenangan disambut dengan kesyukuran. Alhamdulillah.

Saya yakin tiada perhimpunan di Perak dalam waktu terdekat ini.

Ulasan

Na'im Nikmat berkata…
Alhamdulillah serta sujud syukur kepada ALLAH S.W.T terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada datuk Seri IR Hj Nizar Jamaluddin berhubung kes 'Pengesahan MB Perak' yang difailkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri IR Haji Nizar Jamaluddin ,pada jam 3.45ptg sebentar tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim telah membuat keputusan mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Beliau juga menegaskan supaya DS Zamry dan barisan EXCO yang dilantiknya segera mengosongkan pejabat SUK.Keputusan ini sedikit sebanyak mengembalikan kenyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara. Namun demikian YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur. Sementara itu DSNJ selepas mendengar keputusan hakim beliau bergegas untuk ke Ipoh bagi memohon perkenan Sultan Perak supaya DUN dibubarkan dan hak rakyat dapat dikembalikan di Perak.Marilah kita rakyat Perak sama-sama menadah tangan berdoa kepada ALLAH S.W.T semoga DUN Perak segera dibubarkan.

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah