Langkau ke kandungan utama

Catatan

Takziah

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un . Ketentuan Allah adalah pasti. Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Hamdan Abdul Rahman di atas kembalinya ke rahmatullah awal pagi tadi. Sudah pasti kehilangannya sangat dirasai bukan saja oleh anggota keluarga allahyarham malah sahabat-sahabatnya, ahli-ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta rakyat di kawasan DUN Permatang Pasir. Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang yang komited dengan tugasnya, seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan di sebaik-baik tempat bersama para Rasul dan Nabi, shiddiqin, syuhada' dan shalihin. Amin. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi, wa'fu 'anhu.

Di rumah mereka suami

Seorang penceramah hebat berhujah di pentas seorang ustaz petah menghurai nas seorang guru pada garuk suaranya menunjuk cara seorang ketua lantang bersuara mengarah pekerja seorang pemimpin dalam mesyuarat mengatur rencana. Penceramah, ustaz, guru, ketua jabatan, pemimpin. Pada diri mereka ada hebat di pentas, di kelas, di pejabat atau di bilik mesyuarat hujah mereka diterima huraian mereka dikagumi cara mereka dituruti keputusan mereka dipersetujui. Penceramah, ustaz, guru, ketua jabatan, pemimpin mereka lelaki. Di rumah mereka suami di depan isteri hilang gah tiada hujah tiada petah cakap pun tak laku terpulang pada you I ikut kata you. Bukan takut bini terlebih sayang mulut terkunci tangan dan kaki tergari Reda suami terkalih Reda isteri pula yang diraih. :: kalau boleh dikatakan sajak, bacalah seperti membaca sajak. he... he...

Aib

Tindakan sebuah akhbar mendedahkan apa yang dikatakan sebagai identiti sebenar pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggal dunia baru-baru ini adalah sangat dikesali. Tindakan tersebut jelas melanggar syariat Islam yang melarang sama sekali umatnya mendedahkan aib saudaranya yang telah tiada lagi di dunia ini. Walau apa pun tujuan pendedahan dibuat, ia tetap dianggap sebagai membuka aib arwah. Itu pun seandainya ia benar. Apalagi jika tidak benar, ia merupakan fitnah yang amat dahsyat ke atas arwah dan pelakunya bakal menerima azab dari Allah 'azza wa jalla. Na'uzubillah . Justeru, hentikanlah kerja hina ini kerana dibimbangi seandainya ia merebak maka ramai lagi yang akan menanggung dosa. Dalam pada itu janganlah pula nanti ada pihak yang berpura-pura menunjukkan simpati sebaliknya bermaksud tersirat mahu mencela. Contoh orang-orang sebegini telah pun dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Talbis Iblis dengan katanya, " faktor yang mendorong ghiba...

Fardu kifayah mendahului dendam

Berlaku satu kematian di sebuah kampung. Si mati seorang yang sangat dikenali di kampungnya. Malangnya dia dikenali bukan kerana baik perangainya atau indah rupa parasnya sebaliknya dia dikenali kerana kejahatannya yang amat sangat. Arwah bukan saja dikenali tetapi dibenci penduduk kampung. Sebut saja apa jahatnya. Mencuri, merompak, kaki pukul, kaki pecah kereta orang atau bawa lari anak dara orang. Semua ada dalam rekod peribadinya. Kadang-kadang kerana sedikit salah faham dengan seseorang akan dihambatnya orang itu hingga ke pintu rumah lalu rasailah penangan tapak kakinya. Malah aura jahatnya turut menjalar hingga ke daerah-daerah berdekatan. Sebut saja namanya, pasti ada yang mengungkit dendam atau setidak-tidaknya mencebik. Kini jasadnya terbaring kaku di laman tamu. Dia dikatakan mati akibat dipukul dengan benda tajam oleh sekumpulan lelaki. Itu pun kerana dendam. Bagai dijangka, matinya disambut dengan kesyukuran oleh semua penduduk kampung. " Lenyaplah kejahatan di kampun...

Fatwa! Mana fatwa?

Gambar ini disalin dari http://telokbakong.blogspot.com/ . Mohon izin untuk berkongsi dalam blog yang tak seberapa ini. Terima kasih. Kalau tak jelas klik besarkan gambar Tak ada siapa-siapa yang nak bagi fatwa ka? Mana Dr. Mashitah? Atau Dr. Mahmood Zuhdi ke, kalau-kalau ternampak. Mungkin depa ni tak tau kut? Dr. Zambry tolong bagi tahu. Minta ulama UMNO bagi fatwa pula.

Mengharap reda Allah di jalan raya

Ada orang bila bercakap tentang amal islami, yang dia nampak hanyalah solat sunat, puasa sunat, zikir, baca quran, selawat atau berdoa. Bila dikatakan ciri-ciri peribadi islamik pula ialah yang berkopiah, berserban, jalan tunduk, bercakap perlahan atau langsung tak bercakap. Lalu berusahalah mereka memperbanyak solat sunat di samping solat wajib, puasa sunat yang kekadang sampai terlajak tiga bulan berturut-turut dari Rejab hingga Ramadan, zikir tak henti-henti serta doa dan wirid berjela-jela selepas solat. Balik kerja terus pasang jubah dan serban. Tapi jarang orang pedulikan amal islami di jalan raya. Kerap kelihatan orang yang berserban bawa kereta melebihi had laju yang ditetapkan. Berkopiah putih tetapi memotong dengan cara yang berbahaya. Ada juga yang memasang pelekat "Membangun Bersama Islam" tapi memotong ikut kiri atau memotong barisan. Malah selalu juga terlihat pemandu kereta hadapan yang berkopiah, tiba-tiba keluar puntung rokok melalui tingkap pemandu. Tapi itu...

Berkerumun tepi jenazah

Asal saja ada kematian, cuba perhatikan dalam rumah yang menempatkan jenazah. Tak kiralah jenazah lelaki atau jenazah perempuan. Siapa yang duduk berkerumun dalam rumah kalau tidak kaum hawa. Entah apa yang dibuat dalam rumah pun tak tahu sehingga menyukarkan orang yang nak masuk menziarahi jenazah. Kadang-kadang kita jadi segan nak masuk kerana terpaksa menyelit di celah-celah mereka. Kalau ditegur nanti ditanya kita pula, " kami nak duduk kat mana? Khemah kat luar penuh dengan orang lelaki ." Haaa, inilah kerja jiran sekampung. Kalau kenduri boleh pasang tiga empat khemah, situasi macam ni pun kena juga pasang khemah banyak-banyak. Khaskan untuk lelaki dan wanita. Jangan biarkan mereka berhimpun di dalam. Sudahlah menganggu orang nak masuk, bercakap pula bukannya nak tahu tapis. Tapi, siapa yang nak mulakan? Teringat kata-kata rakan saya, Ustaz Hapidz ketika menjadi pengerusi Badan Khairat Kematian, " kita akan hentikan budaya orang perempuan duduk dalam rumah yang ada...