Langkau ke kandungan utama

Tak berani nak tuduh

  1. Akhirnya mahkamah memutuskan Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful.
  2. Maknanya di sisi perundangan negara beliau tidak bersalah.
  3. Namun benarkah Anwar tidak pernah meliwat Saiful?
  4. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
  5. Saya tidaklah seberani Ezam Md. Noor mahupun Rahimi(?) yang terlalu yakin dan lantang menuduh bekas bos mereka itu meliwat Saiful. Kononnnya mereka kenal siapa Anwar.
  6. Setahu saya mendakwa orang liwat sama hukumnya dengan mendakwa orang berzina.
  7. Sesuatu dakwaan itu ditolak selagi mereka tidak melihat sendiri perbuatan tersebut ibarat melihat “batang pen dimasukkan kedalam tudungnya”.
  8. Apakah Ezam menyaksikan sendiri perbuatan seperti itu?
  9. Kalau benar Ezam pernah melihatnya, mengapa tidak dihalang saja Anwar dari terus meliwat Saiful. Kasihan Saiful dibiar mengerang kesakitan.
  10. Susah sangatkah nak lawan Anwar? Dia dah lanjut usia, jalannya pula tercapik-capik.
  11. Tetapi kalau Ezam tidak menyaksikan sendiri, dia perlu membawa empat orang saksi yang warak yang melihat kejadian itu berlaku.
  12. Soalnya bukan empat orang saksi yang warak, kalau seorang saja lelaki yang warak dan melihat kejadian itu sudah pasti sedaya upaya dia akan mencegah kemungkaran itu dari berlaku di depan matanya.
  13. Sekali lagi, bukannya susah nak lawan Anwar.
  14. Persoalannya dari mana datang dakwaan yang begitu meyakinkan Ezam. Cukupkah sekadar dengan dakwaan Saiful?
  15. Kalau benar Saiful diliwat Anwar, kejadian itu berlaku dengan paksaan atau Saiful sendiri yang merelakan.
  16. Lemah sangatkah Saiful sehingga sukar melawan kudrat Anwar? Saya pernah menulis halnya sini.
  17. Sebaliknya jika berlaku dengan kerelaan, mengapa Anwar seorang yang didakwa?
  18. Sepatutnya kedua-duanya didakwa.
  19. Isunya bukan sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak, tetapi kewajaran pada tuduhan yang dilemparkan.
  20. Urusan Anwar kita kembalikan kepada Allah. Kalau benar dia melakukannya, balasan Allah sedia menanti. Namun jika sebaliknya, bersediakah pula kita berhadapan dengan hukuman buat para pelaku fitnah.
  21. Ingatlah di dunia lagi telah tersedia hukuman yang dinamakan qazaf,  belum lagi di akhirat sana.
  22. Maka sebaiknya kita berserah saja pada Allah. Kalau masih timbul keraguan di hati, baik diamkan saja. والله أعلم
  23. Agama juga menuntut kita melihat pada zahirnya. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud, “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku. Dan sebahagian kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian lainnya. Maka aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengarinya sahaja. Barangsiapa yang aku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain(akibat kurang cekap berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya itu bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Tirmizi no.1339)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah