Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Makan malam di surau

Dua malam lepas ada kematian di kawasan kejiranan saya. Sebagaimana biasa, kenduri arwah dan tahlil akan diadakan sebagai tanda 'simpati'. Awal-awal tuan pengerusi surau memaklumkan kepada anak jamaah surau al-Muhtadin bahawa majlis tahlil dan kenduri arwah akan diadakan selama tiga malam berturut-turut. Cuma bezanya kali ini, kenduri arwah tersebut akan diadakan di surau bukannya di rumah keluarga arwah seperti kebiasaannya. Tidak dipastikan pula dari mana datangnya sumber perbelanjaan. Boleh jadi ditanggung sepenuhnya oleh pihak surau. Tapi jamuan tetap diadakan seperti biasa. Maka selama tiga malam berturut-turut para isteri di rumah tak perlu memasak nasi untuk suami mereka kerana makan malam telah tersedia di surau. Majlis diadakan sempena mengingati arwah dan menunjukkan simpati kepada keluarga yang ditinggalkan. Selepas berdoa, makan. Sambil makan bergurau senda dan bergelak ketawa. Keluar surau sambung cerita sambil menyalakan puntung rokok. Kalau begini suasananya, bol

Tengok juga walau tak habis

Menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak tempatan perlulah terlebih dahulu memilih salah satu dari dua pasukan yang sedang bermain itu untuk disokong. Seterusnya mengharapkan pasukan yang kita sokong memenangi perlawanan tersebut. Kedua, kena ada jaringan yang banyak sama ada jaringan itu dari salah satu pasukan atau kedua-dua pasukan saling menjaringkan gol. Dengan kedua-dua perkara di atas barulah ada sedikit nikmat menonton perlawanan bola sepak tempatan. Kalau nak harapkan hiburan dari skil permainan yang ditunjukkan, jangan mimpilah! Hantaran yang tak sampai kepada rakan sepasukan, larian yang tersangkut-sangkut, cubaan ke arah gol yang tersasar walaupun berada beberapa sentimeter di hadapan gol, itukah yang dinamakan skil? Baru tadi tamatnya siaran langsung perlawanan antara Perlis dan Kelantan. Saya pilih pasukan Kelantan. Tunggu punya tunggu, satu gol pun tak masuk. Seminit sebelum perlawanan tamat, seorang pemain Kelantan dapat peluang di hadapan pintu gol yang sudah

Peluang melihat gerhana matahari

Petang ini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan kejadian gerhana matahari selepas kira-kira dua minggu lalu Allah memperlihatkan kepada hamba-hambaNYA di bumi dengan kejadian gerhana bulan. Teknologi yang dimanfaatkan sepenuhnya telah membolehkan manusia meramal fenomena gerhana dan dengan izin Allah ia berlaku seperti yang diramal. Beruntunglah bagi mereka yang mendapat info awal terutamanya melalui taqwim-taqwim solat. Dan lebih beruntung lagi bagi mereka yang bukan sahaja bersiap sedia dengan sebesen air bahkan bersiap sedia mendirikan solat sunat gerhana seperti yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam . Rugilah bagi mereka yang meminggirkan sunnah ini memandangkan ia bukan datangnya selalu. Tapi, biasalah bagi sesetengah orang kita menjadikan alasan tidak mengaji untuk tidak turut serta walau dikatakan pada mereka 'ikut saja apa yang imam buat'. Sebaliknya dalam bab-bab kenduri arwah, doa selamat dan sebagainya yang menjanjikan

Waris kurang ajar

Pada suatu pagi, hari Khamis sekitar jam 7.45 hingga 8.15 pagi. Saya berada di padang sekolah mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani Tahun Dua. Pada waktu yang sama ada empat lagi guru yang turut mengendalikan kelas PJ masing-masing. Dengan kata lain ada empat kelas sedang mengikuti kelas PJ serta satu pasukan bola jaring sekolah yang sedang mengikuti latihan di bawah bimbingan Penolong Kanan HEM. Sedang saya asyik memberi arahan dan menunjuk cara, seorang waris murid datang bertanyakan PK HEM. Saya lalu menunjukkan kedudukan PK HEM yang sedang melatih murid bermain bola jaring di hujung padang sana. Saya mengira dia mungkin ada urusan penting yang mahu segera diselesaikan. Tetapi saya langsung tidak menyangka bila dia kemudiannya menghidupkan enjin motornya lalu memasuki kawasan padang sekolah yang dipenuhi dengan murid-murid dan guru mereka tanpa sedikit pun perasaan malu dan hormat. Dari jauh saya melihat bagaimana dia bercakap dengan PK saya dengan tidak turun dari motor seolah-ola

Antara P&P dan yuran

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan pada hari pertama sesi persekolahan bermula. Arahan yang dipanjangkan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) ini hendaklah dipatuhi oleh semua pentadbir sekolah. Tindakan akan dikenakan kepada pentadbir sekolah yang didapati gagal melaksanakan arahan terutamanya semasa wakil-wakil dari JPN atau PPD mengadakan pemantauan. Bagi memastikan P&P berlangsung pada hari pertama, sebarang urusan yang boleh mengganggu kelancarannya seperti pembayaran yuran tidak dibenarkan. Justeru pihak sekolah telah menetapkan hari tertentu sebelum sekolah dibuka sebagai hari untuk ibu bapa murid menjelaskan yuran persekolahan anak-anak mereka. Walau bagaimanapun ada juga di kalangan ibu bapa murid yang tidak berkesempatan berbuat demikian pada hari tersebut selain ada yang tidak mendapat maklumat atau mungkin terlupa. Keadaan ini menyebabkan perancangan asal untuk semua yuran murid d

BERDIRI UNTUK MENYAMBUT

BERDIRI UNTUK MENYAMBUT YANG DATANG Oleh:Syeikh Abdul Aziz bin Baz Pertanyaan: Syeikh Abdul Aziz bin Baz ditanya: Ketika seseorang masuk, sementara kami sedang duduk di suatu majlis, para hadirin berdiri untuknya, tapi saya tidak ikut berdiri. Haruskah saya ikut berdiri, dan apakah orang-orang itu berdosa? Jawapan: Bukan suatu keharusan berdiri untuk orang yang datang, hanya saja ini merupakan kesempurnaan etika, yaitu berdiri untuk menjabatnya (menyalaminya) dan menuntunnya, lebih-lebih bila dilakukan oleh tuan rumah dan orang-orang tertentu. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdiri untuk menyambut Fatimah, Fatimah pun demikian untuk menyambut kedatangan Baginda. ( Hadis riwayat Abu Daud dalam al-Adab 5217, at-Tirmidzi dalam al-Manaqib 3871 ) Para sahabat Radhiyallahu 'anhum juga berdiri untuk menyambut Saad bin Muaz atas perintah Rasulullah, yaitu ketika Saad tiba untuk menjadi pemimpin Bani Quraizah. ( Hadis riwayat al-Bukhari dalam al-Jihad 3043, Muslim dalam al-Jih