
Al-Imam Ibn Hazm al-Andalusiy menerangkan beberapa isyarat mata dalam menyampaikan pesanan-pesanan khusus. Isyarat dengan menggerakkan bola mata ke atas bererti menolak perintah. Manakala sebaliknya bererti menerima. Pandangan mata yang cukup lama bererti berasa sedih dan ikut bersimpati. Mengedipkan mata bermaksud bahagia.
Isyarat dengan menggerakkan pelupuk mata bermaksud ancaman. Mengarahkan bola mata ke satu arah dan kemudian segera mengalihkan ke arah yang lain, menunjukkan adanya perhatian pada sesuatu yang membuatnya berpaling.
Isyarat ringan dengan hujung kedua mata bererti pertanyaan. Mengalihkan bola mata dari tengah ke sudut bahagian dalam dengan cepat bererti penolakan. Membeliakkan kedua mata bermaksud larangan.
Ketahuilah, sesungguhnya peranan mata boleh menggantikan kata-kata. Ia menyampaikan suatu pesanan. Ia adalah pintu menuju hati dan jalan menuju jiwa. Ia boleh menyampaikan petunjuk yang kuat lagi jelas. Ia adalah indera yang paling terkawal kerjanya. Ia adalah pemimpin jiwa yang dipercayai. Menerusi mata, sifat-sifat manusia boleh diketahui perbezaannya dan berbagai objek dapat difahami maksudnya.
:: Dari buku Di Bawah Naungan Cinta, terjemahan Kitab Tauq al-Hamamah.
Ulasan