Langkau ke kandungan utama

Kedah Unggul.



Kejayaan Kedah menjuarai Piala Malaysia semalam telah melakar sejarah tersendiri buat pasukan yang mendapat jolokan Kenari itu. Sejak Liga Super diperkenalkan, Kedah telah mencipta rekod yang mungkin sukar dicapai oleh mana-mana pasukan sekurang-kurangnya dalam tempoh satu dekad.
  1. Kedah adalah pasukan pertama yang memenangi Liga Perdana diikuti kejuaraan Liga Super pada tahun berikutnya. Liga Perdana 2006, Liga Super 2007.
  2. Kedah adalah pasukan pertama yang memenangi Liga Super dua tahun berturut-turut iaitu 2007 dan 2008.

Kejayaan terbesar Kedah yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pasukan ialah kejayaan merangkul tiga piala, Liga Super, Piala F.A dan Piala Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Sayugia diingatkan, walaupun Selangor pernah memenangi tiga piala, mereka hanya mampu mendakap piala Liga Perdana sahaja. Itu pun, pada tahun berikutnya, mereka langsung karam.

Tidak dinafikan permainan semalam berlangsung dalam suasana mendebarkan. Beberapa percubaan Selangor ke arah pintu gol Kedah bisa saja 'meluruhkan' jantung saya. Agak merimaskan bila Kedah seperti memperlahankan rentak permainan dalam separuh masa kedua. Gol ke-2 Selangor adalah pengajaran terbaik buat Kedah yang bermain sedikit alpa. Keseluruhannya, kedua-dua pasukan bermain baik dan menghiburkan.

Dipandang dari sudut lain, semalam juga mencetuskan kebanggaan buat saya ketika melihat kedua-dua Menteri Besar dari Kerajaan Pakatan Rakyat berdiri di atas pentas penyampaian hadiah. Biarpun sebelum perlawanan saya sedikit gusar memandangkan keupayaan Selangor mungkin mampu menidakkan kejayaan Kedah, tapi saya berbangga kerana perlawanan akhir semalam mempertemukan dua buah pasukan dari negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Syabas buat kedua-dua pasukan, Kedah dan Selangor. Kedah pula bakal menerusan perjuangan mereka dalam pusingan kalah mati Piala Kelab Asia. Malangnya Kedah turun tanpa pemain import akibat perancangan gila FAM yang kononnya untuk kebaikan bola sepak negara. Peliknya, negara terbaik dunia pun tidak menyekat kemasukan pemain import.

Kedah! Kedah pantang kalah. Walau sakit, jatuh dan rebah. Bangun lantas semula gagah. Bujur lalu melintang patah.

p/s: Kedah sepatutnya dilarang bermain dalam sebarang pertandingan di Malaysia tahun hadapan. Beri peluang pasukan lain pula jadi juara. FAM patut hantar Kedah bermain di EPL, atau Serie A atau Liga Sepanyol atau apa-apa lah. Asalkan jangan di Malaysia. Kasihan pasukan lain.

Ulasan

Pang5 berkata…
Peeeggghhh....

Inilah kenyataan paling angkuh oleh tuan punya blog ni.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se