Langkau ke kandungan utama

Merdeka dan Pantai Merdeka

Setiap kali negara menyambut ulangtahun kemerdekaan, Pantai Merdeka sudah pasti menjadi destinasi pilihan penduduk Sungai Petani. Malah penduduk sekitar seperti Sik, Baling, Yan malah dari Pendang dan Alor Setar pun tidak ketinggalan menambahkan lagi kesesakan. Ia bukanlah sesuatu yang baru, malah sejak saya mengenali dunia lagi. Cuma tidaklah saya ke sana setiap tahun. Kehadiran di sana memang ramai. Sekitar tahun 1980-an air laut masih jernih berbanding sekarang. Ketika itu kerap juga digemparkan dengan berita mati lemas pada hari 'sambut' merdeka.



Sehingga sekarang saya masih belum pasti mengapa Pantai Merdeka menjadi tempat perhimpunan orang ramai khususnya pada hari merdeka ini. Kalau pada hari-hari biasa, mungkin mereka datang untuk mandi air 'selut'.

Selain namanya, tiada apa yang boleh dikaitkan MERDEKA dengan Pantai Merdeka. Mahu dikatakan kawasan tersebut menyimpan khazanah sejarah negara, rasanya memang tidak ada. Mahu dikatakan ada monumen seperti tugu atau bekas runtuhan kubu pertahanan perang pun tidak ada di situ. Habis apa yang ada?

Hanya ada gerai-gerai jualan yang melebihi hari-hari biasa. Seperti sebuah ekspo perdagangan yang tiada perancangan. Sekurang-kurangnya kehadiran pengunjung dapat membantu meningkatkan ekonomi saudara sebangsa dan seagama.



Kelmarin, 31hb. Ogos, saya ke sana bersama keluarga. Isteri sempat merungut "11 tahun sambut merdeka di Sungai Petani, baru kali ini sambut di Pantai Merdeka". Beliau terkejut melihat pengunjung yang ramai dan lebih terkejut kerana terperangkap dalam lalu lintas selama 30 minit sebelum sampai ke sana.



Sebenarnya tujuan kami ke sana untuk menyertai program yang julung-julung kali diadakan sempena menyambut kemerdekaan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka. Program yang bermula pada 30hb. Ogos diisi dengan acara-acara seperti pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta, sukan rakyat, sukaneka kanak-kanak, ceramah kemerdekaan, pertunjukan gendang tiga kaum dan diakhir dengan pertunjukan seni silat Melayu pada petang terakhirnya.



Pada petang itu juga, YB. Tn. Hj. Abdullah bin Jusoh telah menyampaikan ucapan perasmian penutup langsung menyaksikan persembahan seni silat oleh gabungan persatuan pesilat seluruh Kedah.



Sekurang-kurangnya, program tersebut dapat menyemarakkan sambutan merdeka oleh pengunjung yang setiap tahun datang hanya untuk membawa keluarga berkelah. Itu kalau yang berkeluarga. Kalau datangnya ber'couple'? Na'uzubillah.



Seperti kata pengacara, pertunjukan seni silat itu dapat mengimbau kenangan terhadap pejuang terdahulu mempertahankan negara dari penjajahan. Bangsa Melayu pernah menjadi bangsa yang digeruni oleh masyarakat Nusantara dengan kemahiran persilatan yang mereka miliki.

Selesai pertunjukkan, kami pun mula berangkat pulang. Segera saya mendirikan solat Asar di surau berdekatan kerana bimbang tidak sempat sampai ke rumah. Orang ramai sama ada berkereta atau motosikal masih berduyun-duyun masuk sedang jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Begitulah kuatnya tarikan Pantai Merdeka pada 31hb. Ogos setiap tahun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...