Langkau ke kandungan utama

Nasihat dan Penasihat

Ketika di kelas tadi, saya banyak meninggalkan nasihat buat renungan anak-anak murid saya. Nasihat saya mudah. Selepas kita belajar mengenali sifat-sifat Allah, kita belajar untuk menjadi orang yang takut pada Allah. Berhati-hati setiap perbuatan atau tingkah laku (saya khususkan kepada menjaga percakapan atau tutur kata kerana saya mengajar tentang sifat sama 'iaitu Allah Mendengar).

Menjadi kebiasaan bagi seorang guru menasihati murid-muridnya. Tugas menasihati pula bukan juga terhad kepada yang berjawatan guru sahaja. Siapa sahaja boleh menasihati malah dituntut agama. Mulianya tugas menasihati ini sehingga Allah mengingatkan tentang ruginya bagi manusia yang mengabaikan kewajipan ini. Firman Allah,
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugia. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran". (al-Asr 1-3)
Bagi meninggalkan kesan kepada nasihat saya, maka perlulah terlebih dahulu saya mengamalkan apa yang saya nasihatkan kepada murid-murid saya tadi. Jika tidak pun saya bersama-sama mereka mengorak langkah menjadi orang yang benar-benar takutkan Allah dan sentiasa menjaga tingkah laku dan tuturkata supaya tidak terbabas ke dalam lembah kemurkaan Allah.

Saya sedar saya bukan orang yang paling layak untuk menasihati mereka dalam soal-soal seumpama ini. Walaupun tugas saya sememangnya menuntut saya untuk menyampaikan tetapi saya merasakan diri saya sangat kerdil untuk menunaikan amanah ini. Bukan kerana ilmu saya yang sedikit (memang ilmu sikit pun…) tetapi saya saya rasa saya bukan orang yang sentiasa takutkan Allah kerana banyak melakukan perbuatan yang mengakibatkan dosa. Lantas, wajarkah saya memberi nasihat? Sebenarnya saya takutkan firman Allah dalam surah as-Saf ayat 2-3 yang mengancam orang-orang yang bercakap perkara-perkara yang dia sendiri tidak amalkan.
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".
Apakah saya salah seorang daripadanya? Sebelum sesi kelas itu berakhir saya katakan kepada murid-murid saya bahawa pesanan atau nasihat itu saya tujukan untuk mereka dan juga SAYA. Atas tujuan mengingat diri sendiri, saya katakan "kalau saya tak buat apa yang nasihatkan kamu, maka saya berdosa". Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk menjadi hambaNya yang sentiasa mengingati kebesaran dan keagungan ar Rahman dan ar Rahim. Ya Allah! Ampunkan dosa-dosa aku yang lalu, sentiasa mengabaikan perintahMu dan tidak mengendahkan laranganMu.
Di hujung waktu persekolahan, saya mengajar bab yang berkaitan mengurus diri sendiri meliputi aspek kebersihan, kesihatan, pengurusan masa dan tatarias. Kali ini nasihat tentang penjagaan kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri. Semua murid saya diminta supaya sentiasa menjaga penampilan diri agar sentiasa kemas, segak dan dipandang menarik. Saya lebih yakin ketika membicarakan bab ini. Kerana saya sentiasa mementingkan kekemasan diri dan menjaga penampilan di khalayak. Benar kata Junjungan Besar Nabi dan tersangat benar, " mulakan dengan dirimu".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...