Langkau ke kandungan utama

Murtad: Patutkah dihebohkan?

Paderi masuk Islam dia cerita. Ramai orang Islam yang murtad tak cerita pun.” Kata kawan saya yang juga seorang Ustaz J-QAF. Dia terbaca berita dalam satu ruangan akhbar Utusan Malaysia mengenai seorang paderi di Rusia yang memeluk Islam. Ini satu lagi contoh orang yang suka meletakkan Islam sebagai agama yang dilanda masalah.

Tentu ramai yang masih ingat hebohnya berita puluhan ribu orang Islam di Malaysia yang telah murtad. Dan tentu ramai yang masih ingat siapakah yang mengetuai pendedahan berita yang sampai hari ini masih belum disahkan. Kalau perlu diingatkan, beliaulah Mufti Perak. Sehingga timbul polemik bila Mufti Perlis ketika itu mempertikaikan kesahihannya. Apa lagi, Mufti Perlis disembur bermacam kata nista.

Bukan senang nak tuduh orang murtad. Bukan senang juga nak isytiharkan seseorang itu murtad. Melainkan orang itu sendiri mengisytiharkan dirinya murtad. Dan sudah tentu bukan senang nak memastikan jumlah orang yang murtad sebenarnya. Dari manakah sumber yang mengatakan orang Islam ramai yang murtad. Memang ada sebelum ini individu-individu tertentu yng mengaku murtad tetapi jumlahnya sangat kecil. Bukan bermaksud perkara seperti ini patut ini dibiarkan. Tetapi dengan mendedahkannya secara keterlaluan termasuk menyebarkan data yang tidak tepat sebenarnya merugikan umat Islam. Islam akan dipandang lekeh sebagai agama yang tidak langsung menarik minat penganutnya sendiri.

Kita ambil contoh parti politik. Parti mana yang mahu mendakwa ramai ahlinya telah meninggalkan parti. Sebaliknya mereka lebih menguar-uarkan kemasukan ahli parti lawan ke dalam parti mereka sebagai makluman bahawa parti mereka semakin kuat. Begitu kalau ada orang Islam yang memilih untuk murtad, buat apa kita nak heboh. Ambil tindakan senyap-senyap. Sebaliknya kalau ada saudara baru yang memeluk Islam kita hebohkan seluruh dunia, lebih-lebih lagi saudara baru yang memang hebat peribadinya atau kerjayanya. Barulah dunia melihat kehebatan dan kewibawaan Islam sebagai alternatif kepada masyarakat dunia.

Dari sumber-sumber yang kita baca terutama dari laman web Islam Online kita mendapat maklumat sejak peristiwa 9/11, masyarakat barat begitu tertarik untuk mengetahui perihal Islam dan ramai yang memeluk Islam hasil penelitian mereka ke atas Islam. Dan kalau paderi pun memeluk Islam, tiada lafaz yang patut kita ucapkan melainkan......... ALHAMDULILLAH.


p/s: sori la ustad! memang dok cadang nak jawab komen ustad tu kat kantin tadi. Tapi ada member lain potong cakap dan masuk tajuk lain pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se